Pembentukan Unit Trafik asas dalam permodelan rangkaian untuk mengesan kesesakan aliran

Abd. Majid, Khairani (2023) Pembentukan Unit Trafik asas dalam permodelan rangkaian untuk mengesan kesesakan aliran. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of PEMBENTUKAN UNIT TRAFIK (25p).pdf] Text
PEMBENTUKAN UNIT TRAFIK (25p).pdf - Preview

Download (877kB)
[thumbnail of PEMBENTUKAN UNIT TRAFIK (Full).pdf] Text
PEMBENTUKAN UNIT TRAFIK (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian tentang kesesakan lalu lintas jalan raya telah menjadi penyelidikan yang berterusan selama beberapa dekad. Ramai penyelidik menyarankan beberapa cadangan, kaedah dan algoritma untuk memperbaiki penyelesaian yang telah sedia ada kepada masalah ini. Beberapa kajian menumpu kepada kawasan sekitar plaza tol, yang telah terbukti menjadi salah satu sumber kesesakan trafik di lebuh raya. Pada dasarnya, dalam usaha untuk membuat trafik kesesakan lebih mudah untuk difahami dengan cara yang lebih formal, model untuk sistem lalu lintas dalam bentuk rangkaian dibangunkan dan dinamakan Unit Trafik Asas (UTA). UTA adalah satu rangkaian kecil dan boleh digabungkan kepada satu rangkaian trafik yang lebih besar digunakan untuk menjelaskan pemerhatian kesesakan serta meramal kesesakan. Plaza tol dipilih untuk contoh penggunaan model UTA dalam mengesan kesesakan. Pengukuran keberkesanan (“measure of performance”) dijalankan untuk menilai plaza tol, dan keputusan simulasi menggunakan Teori Giliran dibandingkan dengan keputusan simulasi menggunakan rumus UTA. Dua set data dari kaedah bayaran tol yang berbeza dikutip. Dua jenis kaedah bayaran ini juga disimulasikan dan pengukuran keberkesanan dicatit. Dua kaedah pembayaran dari data nyata digunakan untuk menghitung pengukuran keberkesanan menggunakan rumus UTA. Hasil dari penyelidikan ini menunjukkan data yang disimulasi boleh digunakan untuk bandingan dengan hasil daripada data nyata yang menggunakan rumus model statik UTA untuk mengesan kesesakan. Perbandingan keputusan dari dua jenis kaedah ini mengesahkan tuntutan bahawa UTA berguna untuk mengesan kesesakan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 04 Mar 2025 01:38
Last Modified: 04 Mar 2025 01:38
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/574

Actions (login required)

View Item
View Item