Hubungan kepuasan pelanggan dengan kualiti perkhidmatan di Masjid Muhammad Al-Fateh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Mohamed Salleh, Daud and Mohd Zainol, Noor Azmi and Zainol Abidin, Zahimi and Hashim, Muhammad Ridwan (2024) Hubungan kepuasan pelanggan dengan kualiti perkhidmatan di Masjid Muhammad Al-Fateh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. In: The 16th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHISS 2024), 21 - 22 August 2024, The Everly Putrajaya.. (Submitted)

[thumbnail of Artikel] Text (Artikel)
HubunganKepuasanPelanggan.pdf - Full text
Restricted to Repository staff only until 31 January 2099.

Download (232kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan di Masjid Muhammad al-Fateh. Sebanyak 120 borang soal selidik yang lengkap diisi oleh responden dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 3.2.5. Kajian ini menggunakan teori SERVQUAL, yang melibatkan dua dimensi utama: ketara/nyata dan kebolehpercayaan, untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan. Hasil analisis pengesahan faktor menunjukkan bahawa skala pengukuran kajian telah memenuhi piawaian kesahan dan kebolehpercayaan yang ditetapkan. Penemuan dari ujian hipotesis melalui model laluan SmartPLS menunjukkan dua hasil utama: pertama, dimensi ketara mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kepuasan pelanggan; kedua, dimensi kebolehpercayaan tidak menunjukkan hubungan positif dan signifikan dengan kepuasan pelanggan. Dari perspektif statistik, hasil kajian ini menegaskan bahawa dimensi ketara memberikan pengaruh yang kuat terhadap kepuasan pelanggan apabila menilai kualiti perkhidmatan di Masjid Muhammad al-Fateh. Kajian ini juga membincangkan implikasi hasil penemuan serta kesimpulan yang relevan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kepuasan Pelanggan, Kualiti Perkhidmatan, SERVQUAL, Masjid Muhammad Al-Fateh, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
Divisions: Faculty of Defence Studies &Management
Depositing User: Mr Shahrim Daud
Date Deposited: 13 Jun 2025 06:30
Last Modified: 13 Jun 2025 06:30
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/620

Actions (login required)

View Item
View Item