Mohd Nazir, Mohd Nazaruddin (2017) Peningkatan keupayaan Tentera Nasional Indonesia di era pasca Suharto dan implikasinya terhadap keselamatan Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
PENINGKATAN KEUPAYAAN TENTERA (25p).pdf - Preview
Download (278kB)
PENINGKATAN KEUPAYAAN TENTERA (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (2MB)
Abstract
Tesis ini mengkaji peningkatan keupayaan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pasca Suharto dan implikasinya kepada keselamatan Malaysia. TNI pasca Suharto atau juga digelar era reformasi telah meninggalkan arena politik dan fokus kepada tugas utamanya iaitu mempertahankan kedaulatan Negara Kesatuan Republik Indonesia daripada ancaman dalaman dan luaran. Peningkatan keupayaan TNI adalah berkonsepkan Keperluan Kekuatan Minima atau dalam bahasa Inggeris disebut Minimum Essential Force yang membawa maksud menyediakan satu angkatan tentera yang kredibel dan mampu melaksanakan tugas memelihara kedaulatan dan keselamatan negara berasaskan analisis ancaman semasa dan mengambil kira kemampuan ekonominya untuk menyediakan bajet pertahanan. Permasalahan timbul apabila peningkatan keupayaan ini digunakan oleh TNI untuk melaksanakan operasi yang aktif dan agresif di sempadan perairan dan daratan sehingga menyebabkan terjadinya provokasi dengan Angkatan Tentera Malaysia, nelayan dan pembalak Malaysia diganggu dan ditangkap. Tesis ini mengandaikan bahawa pelaksanaan operasi yang aktif dan agresif telah mengancam keselamatan Malaysia. Pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif. Ianya merujuk kepada data primer dan sekunder. Empat sesi temubual telah diadakan dengan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas, Pegawai Meja Indonesia di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Pegawai Memerintah Kapal Diraja Baung dan seorang Pegawai Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara untuk mendapatkan maklumat primer bagi memperkukuhkaan analisis di dalam tesis. Maklumat sekunder pula diperoleh dengan merujuk pada buku, jurnal, akhbar dan juga internet mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan TNI, dasar pertahanan, strategi dan keselamatan. Rujukan dibuat di perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Institute of Strategic and International Studies, Institute of Defence and Foreign Relations dan Perpustakaan Kementerian Pertahanan. Tesis ini berasaskan teori neorealism yang membahaskan konsep ‘strategi’ iaitu kaedah di mana kuasa tentera digunakan dalam mencapai sesuatu kepentingan dan juga konsep keselamatan iaitu kebebasan dari ancaman. Teori neorealism sesuai kerana ianya mengkaji tentang sebab musabab berlakunya sesuatu ancaman dan konflik. Konsep strategi dalam kerangka teori ini pula, sesuai memandangkan ianya membabitkan pengaplikasian kuasa ketenteraan oleh TNI di sempadan perairan dan daratan dengan Malaysia. Konsep keselamatan pula diketengahkan memandangkan Malaysia kini berasa terancam dengan tindak tanduk agresif TNI. Terdapat lima faktor kedapatan kajian yang dikenal pasti menimbulkan implikasi keselamatan kepada Malaysia iaitu faktor geografi, faktor politik, faktor isu-isu dua hala, faktor peningkatan keupayaan dan faktor pelaksanaan operasi yang aktif dan agresif. Kajian ini adalah berkaitan dengan ancaman terhadap keselamatan Malaysia. Oleh yang demikian ianya amat berguna kepada institusi dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkait dengan keselamatan Malaysia.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | U Military Science > U Military Science (General) |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 23 Aug 2024 01:11 |
Last Modified: | 23 Aug 2024 01:11 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/465 |