Ismail, Amnah Saayah and Mohamad Rafiuddin, Nurhana and Mohd Mustaffa, Nor Nazimi and Ramlee, Siti Nurhafizah (2022) Peranan dan penglibatan wanita sebagai anggota tentera. In: Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET 2022), 19 Oktober 2022, via virtual conference. (Submitted)
PerananDanPenglibatan.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.
Download (156kB)
Abstract
Penglibatan wanita sebagai anggota tentera telah berlaku sejak zaman berzaman. Perkara ini boleh dilihat melalu dokumen dan penulisan bahawa kewujudan mereka telah diakui oleh sejarah. Penglibatan mereka dalam pentadbiran dan kepimpinan malah sebagai anggota tentera membolehkan segala perancangan dan perencanaan seperti kaedah dan strategi peperangan dapat berjalan dengan baik selain peranan mereka di sebalik tabir. Sejarah membuktikan peranan wanita sebagai penguat semangat, perawat dan pembantu dalam tugas-tugas khas yang begitu cemerlang dan berkesan. Ini menjelaskan bahawa peranan wanita turut sama diperlukan bagi memperkukuhkan kepimpinan dalam organisasi ketenteraan di seluruh dunia. Di Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia turut mengiktiraf wanita dan melibatkan mereka dalam perkhidmatan darat, laut dan udara. Anggota wanita diperlukan dan ia sekaligus berjaya mengimbangi setiap sudut kesiagaan dalam berhadapan sebarang kemungkinan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara. Justeru penulisan ini akan melihat perkembangan peranan dan penglibatan wanita sebagai anggota tentera dengan mengetengahkan dapatan daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penulisan ini akan menggunakan kaedah kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini adalah terdapat peranan dan penglibatan wanita sebagai anggota tentera yang seragam dan berkepentingan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan dalam aspek pertahanan ngara. Di samping itu, wanita juga diikatiraf kepimpinan mereka dan turut sama mampu berdiri bersama dengan anggota lelaki dalam pelbagai aspek kepimpinan ketenteraan dan pertahanan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Wanita, Pertahanan, Keselamatan, Anggota Tentera. |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races U Military Science > U Military Science (General) |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management |
Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
Date Deposited: | 06 Feb 2024 08:15 |
Last Modified: | 06 Feb 2024 08:15 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/345 |