Baharuddin, Elmi and Ismail, Amnah Saayah and Mohd Mustaffa, Nor Nazimi and Mohamed Salleh, Daud (2022) Kursus Hifz al-Quran atas talian UPNM: cabaran dan penyelesaian. In: 14th International Conference on Humanities and Social Sciences 2022 (ICHiSS), 19 - 20 May 2022, via virtual conference. (Submitted)
KursusHifzAl-Quran.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.
Download (455kB)
Abstract
Kursus Hifz al-Quran merupakan kursus penting dalam hafazan al-Quran. Sistem hafazan al-Quran secara tradisional diajar dan disampaikan secara bersemuka antara guru dan pelajar. Namun semasa pandamik berlaku, kebanyakan kaedah pengajaran hifz al-Quran dijalankan secara atas talian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran dan halangan kuliah hifz al-Quran secara atas talian. Kajian kes ini melibatkan 19 peserta dalam kalangan pelajar UPNM dari pelbagai latar belakang. Para peserta telah ditemu bual dan maklum balas mereka direkodkan menggunakan Microsoft Teams. Rakaman tersebut kemudiannya ditranskripskikan secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar keseluruhan cabaran utama dalam pengajaran hifz al Quran adalah masalah mendisiplinkan diri untuk membaca dan menghafaz al-Quran secara atas talian. Selain itu, suasana dan persekitaran juga memainkan peranan penting membantu pelajar dalam menghafaz al-Quran dengan lebih baik. Antara cadangan penambahbaikan adalah dengan memperkemaskan lagi halatuju dan matlamat pelajar agar terus menghafaz dengan penuh tanggungjawab demi keluarga dan masa depan yang gemilang.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Hifz Quran atas talian, Pengajian Islam, Cabaran dan Penyelesaian |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management |
Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
Date Deposited: | 06 Feb 2024 08:11 |
Last Modified: | 06 Feb 2024 08:11 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/304 |