Kesan terapi kognitif tingkah laku standard dan brief terhadap resiliensi kanak-kanak keluarga berisiko

Saidi, Liley Afzani and Othman, Mohamad Hashim (2022) Kesan terapi kognitif tingkah laku standard dan brief terhadap resiliensi kanak-kanak keluarga berisiko. In: 14th International Conference on Humanities and Social Sciences 2022 (ICHiSS), 19 - 20 May 2022, via virtual conference. (Submitted)

[thumbnail of Artikel] Text (Artikel)
KesanTerapiKognitif.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.

Download (175kB)

Abstract

Salah satu faktor dalam mempengaruhi resiliensi kanak-kanak adalah keluarga serta persekitaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesan Terapi Tingkah Laku Kognitif
Standard CBT(S) dan Terapi Tingkah Laku Kognitif Brief CBT(B) terhadap tahap resiliensi kanak-kanak daripada keluarga berisiko. Sampel yang terdiri daripada 90 orang kanak-kanak telah disaring menggunakan kaedah sampel bertujuan yang melibatkan peringkat umur 11 tahun daripada sembilan buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen dengan melibatkan tiga kelompok rawatan iaitu CBT(S), CBT(B) dan kelompok kawalan (KK). Terdapat lima ujian berulangan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian iaitu ujian pra, pos 1, pos 2, pos 3 dan pos 4 dengan menggunakan alat ukur psikologi The Child & Youth Resilience Measure. Analisis kajian adalah menggunakan kaedah ANOVA dua hala ujian berulangan dan hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama kelompok rawatan CBT(S), CBT(B) dan kumpulan kawalan (KK) terhadap skor min resiliensi [F (2, 28803.533) = 45.029, p<.05]; kesan utama masa ujian [F (2.814, 5892.33) = 303.572; p<.05]; dan masa ujian [F (5.627, 5892.33) = 138.496; p<.05)]. Secara keseluruhannya, penggunaan teknik CBT(B) menunjukkan keberkesanan yang lebih efektif dalam meningkatkan skor resiliensi d berbanding CBT(S) sepanjang tempoh kajian dijalankan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Terapi Kognitif Tingkah Laku Brief, Resiliensi, Kanak-Kanak
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Defence Studies &Management
Depositing User: Mr Shahrim Daud
Date Deposited: 06 Feb 2024 08:09
Last Modified: 06 Feb 2024 08:09
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/292

Actions (login required)

View Item
View Item