Hubungan antara spiritual, pengambilan perspektif sosial dan kepemimpinan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar tahun akhir di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Rozlee, Rafizul (2021) Hubungan antara spiritual, pengambilan perspektif sosial dan kepemimpinan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar tahun akhir di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of HUBUNGAN ANTARA SPIRITUAL (25p).pdf] Text
HUBUNGAN ANTARA SPIRITUAL (25p).pdf - Preview

Download (956kB)
[thumbnail of HUBUNGAN ANTARA SPIRITUAL (Full).pdf] Text
HUBUNGAN ANTARA SPIRITUAL (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Dalam mempersiapkan para pelajar institusi pendidikan tinggi sebagai pemimpin masa hadapan, usaha membangunkan potensi agar mereka memiliki daya intelek dan spiritual yang seimbang perlu dilaksanakan. Dalam konteks Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), didapati masih berlaku kes-kes disiplin dalam kalangan pelajar walaupun dalam persekitaran kampus yang amat mementingkan aspek disiplin yang berkemungkinan dipengaruh oleh aspek spiritual dan kepemimpinan diri pelajar. Justeru itu, kajian ini difokuskan kepada pelajar tahun akhir di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk menentukan korelasi di antara tiga konstruk utama iaitu (1) Kekuatan Spiritual, (2) Pengambilan Perspektif Sosial (PPS) serta (3) Kepemimpinan Bertanggungjawab. Kajian ini meneliti pengaruh Kekuatan Spiritual terhadap Kepemimpinan Bertanggungjawab serta mengukur peranan Pengambilan Perspektif Sosial dalam hubungan antara Kekuatan Spiritual dan Kepemimpinan Bertanggungjawab. Berdasarkan tinjauan literatur juga, didapati bahawa Kekuatan Spiritual dalam Islam merangkumi tiga elemen utama iaitu (1) akidah, (2) ibadah dan (3) akhlak. Kaedah kuantitatif menerusi tinjauan literatur, kajian rintis dan borang soal selidik digunakan sebagai metodologi utama dalam pengumpulan data bagi kajian ini. Borang soal selidik melibatkan 210 responden dalam kalangan pelajar tahun akhir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dianalisis menggunakan perisian IBM® SPSS® Versi 23.0 dan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) Versi 3.3.3. Dapatan kajian bagi kerangka model kesan langsung mendapati bahawa kesemua elemen Kekuatan Spiritual mempunyai hubungan yang positif dengan Kepemimpinan Bertanggungjawab. Bagi kerangka model pemboleh ubah mencelah, PPS hanya bertindak sebagai pemboleh ubah mencelah separa dalam hubungan antara ibadah dan akhlak terhadap Kepemimpinan Bertanggungjawab, dan didapati tidak memberi kesan sebagai pemboleh ubah mencelah dalam hubungan antara akidah dengan Kepemimpinan Bertanggungjawab. Dapatan-dapatan ini sangat penting kerana ia membuktikan terdapatnya hubungan dan kesepadanan yang kuat antara Kekuatan Spiritual dengan Kepemimpinan Bertanggungjawab. Ia sekaligus boleh dijadikan panduan kepada institusi pendidikan tinggi dalam membangunkan modul kepemimpinan pelajar yang menyeluruh dengan mengambil kira aspek Kekuatan Spiritual.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 05 Sep 2023 08:05
Last Modified: 05 Sep 2023 08:05
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/257

Actions (login required)

View Item
View Item