Pembangunan model rekabentuk kebolehgunaan untuk aplikasi mudah alih dalam latihan ketenteraan

Zulhikmi, bin Zali (2021) Pembangunan model rekabentuk kebolehgunaan untuk aplikasi mudah alih dalam latihan ketenteraan. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of PEMBANGUNAN MODEL REKABENTUK (25 Pages).pdf] Text
PEMBANGUNAN MODEL REKABENTUK (25 Pages).pdf - Preview

Download (600kB)
[thumbnail of PEMBANGUNAN MODEL REKABENTUK (Full).pdf] Text
PEMBANGUNAN MODEL REKABENTUK (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan model kebolehgunaan yang ada tidak memfokuskan model dalam latihan ketenteraan. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti atribut-atribut kebolehgunaan untuk aplikasi mudah alih dalam latihan ketenteraan. Enam atribut telah dikenalpasti dalam membina cadangan model kebolehgunaan iaitu keberkesanan, kecekapan, kepuasan pengguna, kebolehpelajari, kesederhanaan dan ralat pengguna. Tiga ratus tujuh orang pelajar Semester 1 daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diambil sebagai responden dengan menjawab soal selidik yang telah dibina. Hasil analisis korelasi dan regresi berganda,
kajian ini menunjukkan hanya tiga atribut yang signifikan iaitu keberkesanan dengan sumbangan signifikan sebanyak 31.4%, diikuti oleh kebolehpelajari dengan sumbangan signifikan sebanyak 21.5% dan 13.3% daripada kepuasan pengguna. Hasil kajian ini telah dapat memberi impak yang positif kepada pihak berkepentingan dalam bidang aplikasi mudah alih terutama untuk membina satu aplikasi baru bagi tujuan latihan ketenteraan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 22 Feb 2023 02:30
Last Modified: 22 Feb 2023 02:30
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/157

Actions (login required)

View Item
View Item