Pelaksanaan Kursus Khidmat Komuniti di UPNM : Bertahan atau mansuhkan?

Ismail, Amnah Saayah and Mohd Rafiuddin, Nurhana and Mohd Mustaffa, Nor Nazimi and Mohd Saudi, Nur Surayya and Abdullah, Aida Nasirah (2022) Pelaksanaan Kursus Khidmat Komuniti di UPNM : Bertahan atau mansuhkan? In: 14th International Conference on Humanities and Social Sciences 2022 (ICHiSS), 19 - 20 May 2022, via virtual conference. (Submitted)

[thumbnail of PelaksanaanKursusKhidmat.pdf] Text
PelaksanaanKursusKhidmat.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.

Download (5MB)

Abstract

Kursus Khidmat Komuniti telah dilaksanakan sejak 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kursus ini berada dalam kelompok U4 bagi kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) dan ditawarkan kepada semua pelajar peringkat ijazah sarjana muda sebagai kursus elektif wajib. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada program-program khidmat komuniti yang perlu dibangunkan bermula dari merangka kertas cadangan program sehingga penulisan laporan. Keistimewaan kursus ini ialah mendedahkan pelajar kepada kerja secara berpasukan, membentuk kepimpinan dan mebuat keputusan secara bersama. Kajian ini berhasrat untuk melihat apakah yang mencetuskan minat pelajar untuk melaksanakan program khidmat komuniti selain cabaran yang dihadapi dan usaha mereka bagi memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya. Kajian kes melibatkan lapan responden dalam kalangan pelajar UPNM dari pelbagai latar belakang. Responden telah ditemubual dan maklum balas mereka direkodkan menggunakan Microsoft Teams. Rakaman tersebut kemudiannya ditranskripskan secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar keseluruhan amat berpuas hati dan menghayati kursus ini melalui program khidmat komuniti yang dilaksanakan. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang dilalui oleh pelajar semasa melaksanakan program khidmat komuniti; sebagai contoh masalah untuk mendapatkan dana program dan pandemik Covid-19 yang menyebabkan khidmat komuniti secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. Kajian ini memberi kesan terhadap pelaksanaan kursus khidmat komuniti dan penyelidikan ini akan memberi cadangan kepada penambahbaikan pelaksanaan kursus ini supaya para pelajar dapat mengoptimumkan kebolehan diri dan kerja berkumpulan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Khidmat komuniti, pelajar, mata pelajaran umum
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Faculty of Defence Studies &Management
Depositing User: Mr Shahrim Daud
Date Deposited: 16 Jan 2023 02:33
Last Modified: 16 Jan 2023 02:33
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/137

Actions (login required)

View Item
View Item