Baker, Rogis and Mohd Saudi, Nur Surayya and Mohamed, Hasan Al-Banna and Ong Hai Liaw, Jessica and Mohd Zainol, Noor Azmi and Selamat, Mohd Nasir and Mohd Noor, Muhammad Rafieamry (2022) Pengaruh kualiti produk, servis dan harga terhadap kepuasan pelanggan Kedai Serbaneka. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 2022 (PASAK 7 2022), 22 - 23 June 2022, via virtual conference. (Submitted)
PengaruhKualitiProduk.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.
Download (223kB)
Abstract
Strategi yang sering digunakan untuk meningkatkan prestasi perniagaan adalah dengan menekankan aspek kepuasan pelanggan. Persaingan antara perniagaan dan perubahan teknologi digital yang kian berkembang pesat pada masa kini mampu memberi kesan kepada kesetiaan dan kepuasan pelanggan terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kualiti produk, kualiti servis dan harga dengan kepuasan pelanggan di salah sebuah kedai serbaneka 99 Speedmart di negeri Selangor. Seramai 258 orang responden telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan kepada pelanggan yang
mengunjungi premis tersebut. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini untuk menguji pengaruh kualiti produk, kualiti servis dan harga produk terhadap kepuasan pelanggan. Analisis kajian yang telah dijalankan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menguji kolerasi antara pembolehubah menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara kualiti produk, kualiti servis dan harga produk terhadap kepuasan pelanggan
di kedai serbaneka tersebut. Keputusan analisis kajian ini mengambarkan bahawa pelanggan amat menitik beratkan soal kualiti produk, kualiti servis dan harga sebelum memilih dan
membeli sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Peningkatan kualiti servis dan penawaran harga yang berpatutan dapat mempengaruhi kecenderungan pembelian pelanggan terhadap sesebuah premis. Pengurus perlu sentiasa memastikan produk atau servis yang hendak ditawarkan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah jualan perniagaan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kualiti produk, kualiti servis, harga, kepuasan pelanggan. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HF Commerce H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management |
Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
Date Deposited: | 16 Jan 2023 02:32 |
Last Modified: | 16 Jan 2023 02:32 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/136 |