Mohamed, Hasan Al-Banna and Mohd Ali, Nor Adlina Nabilla and Sahol Hamid, Norashikin and Mohd Isa, Mohd Rizal and Mohamad, Mohd Hamran and Mohd Saudi, Nur Surayya (2021) Unsur-unsur kritikal yang mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap Sistem E-Pembelajaran di Universiti Awam (UA), Malaysia. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Ke-6 2021 (PASAK 6 2021), 9-10 November 2021, via virtual conference. (Submitted)
Unsur-unsurKritikalYang.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.
Download (274kB)
Abstract
Kajian mendalam terhadap keberkesanan sistem pembelajaran terkini seperti atas talian (e-pembelajaran) pada dewasa kini adalah bersesuaian sekali dengan situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. Malah, faktor atau unsur-unsur kritikal yang mempengaruhi para pelajar untuk mengikut pembelajaran dengan keadah sekarang harus dititikberatkan. Penyelidikan ini bertujuan mendedahkan unsur-unsur kritikal yang memain peranan dalam kepuasan pelajar terhadap sistem e-pembelajaran (e-learning) di sebuah Universiti Awam (UA), Malaysia. Seramai 222 pelajar Tahun Akhir dari satu fakulti yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden. Sehubungan itu, pendekatan kaedah kuantitatif telah dilaksanakan untuk kajian ini menerusi butir-butir data yang dikumpulkan melalui kajian tinjauan dengan pengedaran borang kaji selidik yang telah diubah suai menggunakan aplikasi secara atas talian ekoran kekangan pandemik COVID- 19 yang merebak seluruh negara. Hasil kajian dianalisis melalui IBM Statistical Pacakage for Social
Science (SPSS) yang melihatkan Ujian Kolerasi Pearson, dengan menggunakan analisa inferensi dan deskriptif. Dapatan kajian ini membuktikan terdapat hubungan positif yang signifikan antara unsur sistem (r=0.706), unsur persekitaran (r=0.655) dan unsur personaliti (r=0.601) dengan kepuasan pelajar terhadap sistem e-pembelajaran khusus kepada pelajar-pelajar Tahun Akhir. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran atas talian yang
berfungsi dengan sempurna dengan persekitaran yang kondusif akan melahirkan perasaan gembira dan kepuasan para pelajar dalam mengikuti pembelajaran di universiti masing-masing.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Faktor Kritikal, e-Pembelajaran, Kepuasan Pelajar, Universiti Awam |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management |
Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
Date Deposited: | 22 Jun 2022 03:59 |
Last Modified: | 22 Jun 2022 03:59 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/104 |