Japan and China Economic Interest: The Reaction of Littoral States in Straits of Malacca
Date Issued
2021-12-20
Author(s)
Nenny Khairul Bariza Ramli
Abstract
The geo-strategic importance of the Straits of Malacca to the littoral states, the countries of interest as well as the countries that benefit is so clear with the concern given to the security safety of the straits by the global community. For this research paper, the focus is on Japan and China, two major powers that been identified as having interests in various sectors, especially the economic sector in the Straits of Malacca. The objective of the study is divided into three, namely, to study the Japanese economic sector, to study the Chinese economic sector and then how the relationship of this economic importance with the trade route in the Straits of Malacca. The third objective is to study the reaction of the littoral states towards Japan and China. This paper also examines the cooperation between these littoral states with Japan and China to ensure good relations and cooperation between the countries continue smoothly. This study uses the theory of Liberalism in which liberals emphasize the human ability to live in a peaceful and harmonious environment through the good cooperation between countries. This study is conducted with a qualitative method to explore the topic so that it will be easier to understand about the topic. The secondary data used for this research paper because the reading materials and sources available, accurate and fast information received. The results of this study show that how the need of this two-power nation in the usage of the Straits of Malacca in order to uphold their economy, while the reaction and cooperation between the littoral states towards Japan and China is going well as each states have interests and interdependence on the activities that take place in the Straits of Malacca. Japan and China have contributed various initiatives to the littoral states to ensure that they got the priority in their import and export trade routes. In the future, it is proposed that studies on cooperation activities, Standard Operating Procedures (SOP) and Terms of Reference (TOR) be reviewed and modified according to the current situation as the world faces a COVID-19 pandemic that will turn into endemic to all.
Kepentingan geo-strategik Selat Melaka kepada negara-negara pesisir, negara-negara berkepentingan serta negara-negara yang memperolehi manfaat begitu jelas dengan keprihatinan yang diberikan terhadap keselamatan selat oleh komuniti sejagat. Bagi kertas kajian ini, fokus adalah terhadap Jepun dan China yang mana merupakan dua negara kuasa besar yang dikenalpasti mempunyai kepentingan dalam perlbagai sektor terutama sektor ekonomi di Selat Melaka. Objektif kajian terbahagi kepada tiga iaitu mengkaji sektor ekonomi Jepun, mengkaji sektor economi China yang seterusnya bagaimana hubungan kepentingan ekonomi ini dengan laluan dagangan di Selat Melaka. Objektif ketiga adalah kajian terhadap reaksi negara-negara pesisir Selat Melaka ke atas Jepun dan China. Kertas ini turut mengkaji kerjasama di antara ketiga- tiga negara pesisir ini dengan Jepun dan China bagi memastikan hubungan baik dan kerjasama di antara negara berterusan dengan lancar. Kajian ini menggunakan teori Liberalisma yang mana golongan liberalis lebih menekankan keupayaan manusia untuk hidup dalam persekitaran yang aman dan harmoni melalui kerjasama antara negara. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kualitatif iaitu kajian secara realiti bagi memudahkan semua pihak yang berkepentingan memahami dengan lebih mudah mengenai tajuk ini. Data kedua digunakan kerana sumber bacaan lebih mudah didapati dan mempunyai maklumat yang tepat dan cepat. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kedua negara berkuasa besar ini memerlukan Selat Melaka untuk memastikan ekonomi negara mereka terjaga manakala reaksi dan kerjasama di antara negara pesisir dengan Jepun dan China berjalan dengan baik berikutan setiap negara mempunyai kepentingan dan saling bergantung di atas aktiviti yang berlaku di Selat Melaka secara dasarnya. Jepun dan China telah menyumbang pelbagai inisiatif kepada negara pesisir bagi memastikan negara pesisir ini memberi keutamaan kepada mereka dalam laluan dagangan import dan eksport mereka. Pada masa akan datang, adalah dicadangkan supaya kajian ke atas aktiviti kerjasama, prosedur operasi standard dan terma rujukan dikaji dan diubah mengikut situasi semasa memandangkan dunia berdepan dengan pandemic COVID-19 yang akan berubah menjadi endemic kepada semua negara.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
JAP_2021_NEN.pdf
Size
13.35 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bc33c6ac6aa1f60f0f5a7c2ac2a20cb7