Pengaruh sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja warga Angkatan Tentera Malaysia
Journal
International Journal of Education, Psychology and Counseling
ISSN
0128-164X
Date Issued
2025-03-17
Author(s)
DOI
10.35631/IJEPC.1057045
Abstract
Pekerja yang berprestasi tinggi sangat penting bagi setiap organisasi, terutamanya bagi Angkatan Tentera yang menjaga pertahanan sesebuah negara. Sehubungan dengan ini, kajian lalu oleh para sarjana mendapati antara faktor yang banyak mempengaruhi prestasi kerja seseorang ialah latihan, insentif, sokongan pihak atasan dan lain-lain. Namun, kajian ini telah menganalisis pengaruh sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana kepentingannya dalam melaksanakan tugasan mempertahan kedaulatan negara. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan sampel kajian ialah seramai 384 orang anggota LLP ATM yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi 84,839 keseluruhan anggota ATM. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan pakej perisian SmartPLS 3.2.5. Ujian bootstrapping menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan di antara sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja anggota ATM, iaitu nilai R2 berada pada tahap lemah. Dapatan ini menunjukkan bahawa sokongan pihak atasan adalah tidak penting bagi mempengaruhi tahap prestasi kerja warga ATM. Bahkan ketiadaan anugerah atau sebarang insentif yang diperolehi tidak menghalang mereka untuk terus berprestasi dalam menjaga kedaulatan negara sepanjang berada dalam perkhidmatan ATM.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PengaruhSokonganPengurusan.pdf
Size
270.08 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):aae8658e022f273bbe947707f2d9c9c2
