Factors that Influence the Logistics Management Practices towards an Infantry Parachute's Battalion Logistics Performance
Date Issued
2022-04-18
Author(s)
Mohd Shaufi Dollah
Abstract
Good logistics management is essential to create effective and efficient management for organizational success. In the military organization, the parachute infantry battalion is also an organization that plays an important role in maintaining the security of a country, especially when carrying out military operational duties. Parachute infantry battalions are a major combat element in military organizations. The concept of mobilization of this team is a tactical landing operation. Post-landing maneuvers are the same as in other infantry operations. However, the team was only able to survive for 72 hours for the next operational assistance. Sustainable and effective logistics management is essential for the effectiveness of parachute infantry battalions to operate in a dynamic environment and various domains and to enable all plans made for an operation to be implemented successfully. Innovative logistics management will enable all elements of capabilities including transportation, equipment, and food supplies to be integrated to support parachute infantry battalions in carrying out assignments. The function of logistics management is to balance the development of the organization in terms of providing integrated logistics assistance based on efficient and effective logistics management. The challenges faced by Commanding Officers in parachute infantry battalions with dense deployments and having limited logistical support resources such as transportation, equipment, and food supplies especially during the operation will definitely affect job performance among military personnel in carrying out their duties. Therefore, referring to the problem statement above, among the factors that can influence the work performance of military personnel while performing operational duties are elements related to logistical support such as transportation, equipment, food supply, and accommodation. Accordingly, this study is to determine the extent to which the logistic management system explains the variation in the work performance of military personnel in the parachute infantry battalion involving 130 respondents. The data received will be analyzed using Statistical Package for Social Science Version 23 . The research results have shown by using Descriptive Statistics, Pearson Correlation Analysis and Multiple Regression Analysis. The analysis showed that the multiple regression result was (r = 0.897) where it showed that each variable was closely related to the others. Further improvements and recommendations have also been proposed to enhance some aspects of logistics management especially in budget allocation and equipment supply to increase logistical support to parachute infantry battalions while carrying out operational duties.
Pengurusan logistik yang baik adalah penting untuk mewujudkan pengurusan yang berkesan dan cekap untuk kejayaan organisasi. Dalam organisasi ketenteraan, Batalion infantri paracut juga merupakan organisasi yang memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan sesebuah negara terutamanya apabila menjalankan tugas operasi ketenteraan. Batalion infantri paracut adalah unsur tempur utama dalam organisasi ketenteraan. Konsep aturgerak pasukan ini adalah secara operasi pendaratan taktikal. Aturgerak selepas mendarat adalah sama seperti dalam operasi infantri lain. Walaubagaimanapun, pasukan ini hanya mampu bertahan dalam tempoh 72 jam sahaja untuk bantuan operasi seterusnya. Pengurusan logistik mampan dan berkesan amat penting untuk keberkesanan batalion infantri paracut untuk beroperasi dalam persekitaran dinamik dan pelbagai domain serta membolehkan semua perancangan yang dibuat terhadap sesuatu operasi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengurusan logistik yang inovatif akan membolehkan semua elemen keupayaan termasuk pengangkutan, peralatan, dan bekalan makanan disepadukan untuk menyokong batalion infantri paracut dalam melaksanakan penugasan. Fungsi pengurusan logistik adalah untuk mengimbangi pembangunan organisasi dari segi menyediakan bantuan logistik bersepadu berdasarkan pengurusan logistik yang cekap dan berkesan. Cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Memerintah dalam batalion infantri paracut dengan penugasan yang padat dan mempunyai sumber sokongan logistik terhad seperti pengangkutan, peralatan, dan bekalan makanan terutama semasa menjalankan operasi itu pasti akan memberi kesan terhadap prestasi kerja di kalangan anggota tentera dalam menjalankan tugas mereka. Oleh itu, merujuk kepada pemyataan masalah di atas, antara faktor yang boleh mempengaruhi prestasi kerja anggota tentera semasa menjalankan tugas operasi adalah elemen yang berkaitan dengan sokongan logistik seperti pengangkutan, peralatan, bekalan makanan, dan penginapan. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana sistem pengurusan logistic menjelaskan variasi prestasi kerja anggota tentera di batalion infantri paracut yang melibatkan 130 orang responden. Data yang diterima akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science V ersi 23. Hasil penyelidikan telah menunjukkan dengan menggunakan Statistik Deskriptif, Analisa Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Analisis menunjukkan keputusan regrasi berganda adalah (r=0.897) di mana menunjukkan setiap pembolehubah berkait rapat antara yang lain. Penambahbaikan dan cadangan selanjutnya juga telah dicadangkan untuk meningkatkan beberapa aspek pengurusan logistik terutama dalam peruntukan belanjawan dan pembekalan peralatan untuk meningkatkan sokongan logistik kepada batalion infantri paracut semasa menjalankan tugas operasi.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
FAC_2022_MOH.pdf
Size
10.1 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ed68f83fa745d6f523612da57ab573c8