Penyebaran infodemik dalam media sosial terhadap warga emas semasa pandemik Covid-19
Date Issued
2022
Abstract
Media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Kemajuan teknologi secara umumnya memudahkan pengedaran maklumat sekaligus membuka ruang kepada isu penyebaran maklumat palsu yang mengudang kepada tindakan yang lebih agresif. Keadaan ini akhirnya memberikan cabaran kepada pihak kerajaan untuk memerangi isu berita palsu berkaitan COVID-19. Secara umum, konsep infodemik melibatkan maklumat benar atau tidak benar yang melibatkan sesuatu isu melibatkan penyakit secara pantas di media sosial. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan mengenai pengaruh media sosial dalam mempengaruhi individu dari aspek kognitif, emosi dan tingkah laku terutama melibatkan warga emas. Ketika pandemik COVID-19, penyebaran maklumat secara tidak terkawal secara jelas akan memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat yang akhirnya menimbulkan rasa cemas dan tidak selamat kepada masyarakat. Oleh itu, terdapat beberapa komponen penting yang dibincangkan dalam penulisan ini terutamanya kesan penularan maklumat palsu kepada psikologi warga emas melibatkan keseimbangan emosi, corak pemikiran dan tingkah laku. Selain itu, perbincangan juga melibatkan peranan institusi masyarakat dalam isu penularan infodemik yang tidak benar dalam masyarakat.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PenyebaranInfodemikDalam.pdf
Size
136.24 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4702edb44bb6e594f5a6bb6a512fa151
