Meneroka kearifan tempatan dalam peribahasa Melayu dan Sepanyol
Date Issued
2023
Abstract
Peribahasa merupakan wadah komunikasi yang memberi gambaran kebijaksanaan masyarakat tradisional yang menjadikan sumber alam dan pengalaman hidup sebagai ekspresi kearifan tempatan dan budaya sesuatu bangsa. Peribahasa dan kearifan tempatan mempunyai hubungan bahasa dan kebudayaan yang menjelaskan aspek kemahiran, kepakaran dan nilai-nilai moral yang dirangkumkan melalui makna tersirat. Bagi generasi muda pada hari ini, ungkapan peribahasa sudah tidak lagi menjadi kelaziman dalam peftuturan harian memandangkan tafsiran makna peribahasa memerlukan pemahaman aras tinggi untuk difahami. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis dua peribahasa yang berbeza bahasa dan budaya iaitu peribahasa Melayu dan Sepanyol dalam aspek kearifan tempatan seni nilai usaha yang dilambangkan melalui penggunaan simbol dan frasa dalam kedua-dua peribahasa tersebut. Sebanyak dua peribahasa Melayu dan dua peribahasa Sepanyol telah dipilih untuk dianalisis dengan menggunakan hipotesis Sapir-Whorf (1921) dan pendekatan Teori Peirce (1965). Data peribahasa Melayu diperolehi dari buku Peribahasa Melayu Penelitian Makna dan Nilai (Hamzah & Hassan, 201 1), manakala data peribahasa Sepanyol diperolehi dari buku peribahasa Dichos O Refranes Compendio Temótic (Flores-Huerta, 2016). Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan analisis data dilaksanakan secara kualitatif. Hasil kajian mendapati wujudnya kearifan tempatan masyarakat Melayu dan Sepanyol berdasarkan budaya dan gagasan pemikiran berupa elemen lambang bahasa dan frasa yang berkaitan dengan aktiviti harian dalam sektor ekonomi tradisional seperti pertanian, perikanan di samping faktor sejarah lampau. Perkara ini menunjukkan bahawa terdapatnya persamaan dan pertalian antara pemikiran, bahasa dan budaya kedua-dua masyarakat yang menyumbang kepada pembentukan peribahasa.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
MenerokaKearifanTempatan.pdf
Size
4.66 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):55d3046f27defb4b62ad5df2d5d93a80
