Drug Trafficking by Foreigners: A Study of the Security
Date Issued
2021-12-20
Author(s)
Mohd Hairuddin Hashim
Abstract
In Malaysia in general and Sabah in particular, drug trafficking by foreigners has become a global issue that has poses a threat to security and politics at the Sabah- Philippines international border. Drug smuggling by foreigners has indirectly raised concerns for the government. This study aims to identify how drug smuggling has impact the security and politics of the Sabah-Philippines border. Specifically, this study will also analyse how the challenges that security forces have to face at the Sabah-Philippines border. To clarify security and politics impact on the Sabah- Philippines border. This study uses qualitative methods for information collection. In addition, this study has used data collection methods through primary and secondary sources. This study has shown that drug trafficking is a sensitive issue in terms of enforcement implementation for the Malaysian and Philippine governments. The uncontrolled presence of foreigners has threatened the safety of the people of Sabah such as drug smuggling and crime cases. Political uncertainty in Sabah is also an opportunity for drug smugglers to enter Sabah. This is because there is a relaxation at the border that allows them to escape to the Sabah- Philippines border. The continuation of the unrest was the outbreak of the invasion of La had Datu because the Sultanate of Sulu claimed Sabah as their colony. In addition, the Bangsamoro demand the freedom to rule in the Southern Philippines. To overcome this problem, the security forces have increased security controls through the addition of modem assets and technology. Defence diplomacy will also be intensified through bilateral cooperation to reduce and avoid conflicts between the two countries. The more important thing is that the responsible party who makes the law (wakil rakyat) does not violate the law, and then only the law will succeed in achieving its objectives. We concluded that the presence of illegal immigrants from the Philippines to Sabah has created an atmosphere of disharmony that has had a negative impact on Sabah's security. In addition, the unrest in the Southern Philippines has caused many Filipinos to enter Sabah illegally. The national defence and security industry policy has been enhanced to provide a comprehensive direction to reduce the dependence on assets and technology from abroad. The government also needs to involve all security agencies to develop technology to help resolve border issues that are vulnerable to international drug smugglers. The issue of border security is not solely addressed by the security forces alone but it requires the cooperation of all parties in winning the issue of international drug trafficking. The crime of drug smuggling across the Sabah-Philippines border needs to be reduced if it cannot be eliminated for the safety of the people of Sabah themselves. The integrity that a person possesses is greatly aided by the existence of an effective monitoring and legal system .
Di Malaysia amnya dan Sabah khasnya penyeludupan dadah oleh warga asing telah menjadi satu isu global yang telah memberikan ancaman kepada keselamatan dan politik di sempadan antarabangsa Sabah-Philippines. Penyeludupan dadah oleh warga asing secara tidak langsung telah memberi kebimbangan kepada pihak kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana penyeludupan dadah telah memberi kesan kepada keselamatan dan politik terhadap sempadan Sabah- Philippines. Secara khusus, kajian ini juga akan menganalisis bagaimana cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan keselamatan di sempadan Sabah-Philippines. Untuk menjelaskan ancaman keselamatan dan politik di sempadan Sabah- Philippines. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi pengumpulan maklumat. Selain itu juga kajian ini telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui sumber primer dan sekunder. Kajian ini telah menunjukkan bahawa penyeludupan dadah merupakan isu yang sensitif dari segi pelaksanaan penguatkuasaan bagi kerajaan Malaysia dan Philippines. Kehadiran warga asing yang tidak terkawal telah mengancam keselamatan rakyat sabah seperti kes penyeludupan dadah dan jenayah. Ketidaktentuan politik di Sabah juga merupakan peluang kepada penyeludup dadah untuk masuk ke Sabah. Ini kerana terdapat kelonggaran di sempadan yang membolehkan mereka terlepas masuk ke sempadan Sabah-Philippines. Kesinambungan daripada pergolakan tersebut telah tercetusnya pencerobohan ke atas Lahad Datu kerana Kesultanan Sulu mendakwa Sabah adalah wilayah jajahan mereka. Selain itu juga, Tuntutan Bangsamoro yang ingin kebebasan memerintah di Selatan Philippines. Bagi mengatasi masalah ini, pihak keselamatan telah meningkatakan kawalan keselamatan melalui penambahan aset dan teknologi yang moden. Diplomasi pertahahanan juga telah dipergiatkan lagi melalui kerjasama dua hala bagi mengurangkan dan mengelakkan konflik antara dua negara. Perkara yang lebih penting lagi adalah pihak yang bertanggungjawab yang membuat undang-undang (wakil rakyat) tidak melanggar undang-undang, maka barulah undang-undang akan berjaya mencapai objektifnya. Kami membuat kesimpulan bahawa kehadiran PA TI dari Philippines ke Sabah telah menimbulkan suasana yang tidak harmoni sehingga memberi impak negatif kepada keselamatan Sabah. Selain itu, pergolakan yang berlaku di Selatan Philippines telah menyebabkan ramai rakyat Philippines yang masuk ke Sabah secara haram. Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara telah dipertingkatkan bagi penyediaan hala tuju menyeluruh bagi mengurangkan kebergantungan asset dan teknologi dari luar negara. Kerajaan juga perlu melibatkan semua agensi keselamatan bagi membangunkan teknologi bagi membantu penyelesaian isu sempadan negara yang mudah dicerobohi oleh penyeludup dadah antarabangsa. Isu keselamatan sempadan bukan semata-mata ditangani oleh pihak keselamatan sahaja tetapi ia memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memenangi isu penyeludupan dadah antarabangsa ini. Jenayah penyeludupan dadah rentas sempadan Sabah-Philippines ini perlu dikurangkan jika ianya tidak mampu untuk dihapuskan demi keselamatan rakyat Sabah itu sendiri. Integriti yang dimiliki oleh seseorang itu banyak dibantu dengan adanya sistem pemantauan dan undang-undang yang berkesan.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
DRU_2021_MOH.pdf
Size
5.1 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9415520eba58914cd4a5bf08b9cdaadd