Kaedah hafazan Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL) Speen Tahfiz Program (STP)
ISSN
0128-164X
Date Issued
2025-03-30
Author(s)
Sharifah Noorhidayah Syed Aziz
Universiti Islam Selangor
Nailah Ab Aziz
Universiti Islam Selangor
DOI
10.35631/IJEPC.1057061
Abstract
Perkembangan bidang hafazan semakin berkembang dari sehari ke sehari di pelbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. Namun, menjadi satu permasalahan apabila kebanyakan pelajar yang tidak dapat menamatkan hafazan dalam tempoh yang ditetapkan atau melebihi tempoh masa hafazan. Berdasarkan permasalahan yang timbul ini, Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) telah melaksanakan satu strategi bagi membantu pelajar-pelajar tahfiz yang ketinggalan dalam hafazan. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah hafazan yang diamalkan oleh AKMAL dalam melahirkan pelajar yang mampu menghafaz dalam tempoh minima satu tahun. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Temubual telah dijalankan ke atas 5 orang informan yang terdiri daripada 4 orang pelajar dan seorang guru. Data yang diperoleh ditranskripsi dan dianalisis secara tematik. Hasil dapatan mendapati bahawa kaedah hafazan AKMAL STP telah menggabungkan beberapa kaedah asas dan pendekatan tiga segi iaitu pendekatan sokongan dari guru, ibu bapa dan komitmen pelajar itu sendiri. Selain itu, kaedah AKMAL STP ini berjaya melahirkan ramai pelajar yang mampu menghafaz dalam tempoh minima satu tahun. Diharapkan semoga kajian ini dapat menarik minat pelajar dan ibu bapa mengikuti kaedah hafazan ini.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
KaedahHafazanAkademi.pdf
Size
258.97 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3d0e6d2ea978ebeda202254049cdad7b
