Pendekatan nilai kerjasama dalam sistem pengurusan kualiti di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang patuh syariah
Date Issued
2022
Author(s)
Burhanuddin Jalal
Azmi Ahmad
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Siti Arni Basir
Universiti Malaya
Abstract
Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPK) di seluruh dunia masih berpaksikan amalan dari Barat yang hanya menitikberatkan impak secara luaran sahaja. Dewasa kini pelaksanaan SPK bukan lagi menekankan aspek output produk atau perkhidmatan yang berkualiti semata-mata, akan tetapi menekankan kesannya kepada aspek dalaman atau elemen insaniyyah secara holistik. Sehubungan itu, pelaksanaan SPK Islam yang mematuhi Syari'ah mula diperkenalkan dalam organisasi dalam negara dan yang menjadi jurang permasalahannya adalah setiap organisasi cuba melaksanakannya secara terasing dan tersendiri dengan pendekatan masing-masing. Justeru, menerusi penulisan ini dapat meneroka secara lebih mendalam berkenaan pendekatan pelaksanaan nilai murni bekerjasama dalam SPK Patuh Syari’ah (MS1900:2014) oleh organisasi yang berjaya memperoleh pensijilannya. Secara dasarnya, hasil kajian ini dapat melahirkan satu lagi kajian empirikal bagi MS1900 agar nilai-nilai murni yang patuh Syari'ah iaitu nilai bekerjasama mampu diamalkan oleh setiap individu dalam organisasi khususnya di institusi pengajian tinggi dalam negara dan seterusnya membentuk organisasi pengeluar modal insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PendekatanNilaiKerjasama.pdf
Size
175.74 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a35b534d6af247441d781d1cd8ca8b3b
