Analisis kesilapan bahasa dalam penulisan ilmiah mahasiswa bukan penutur natif di Institut Pengajian Tinggi Awam
Date Issued
2021
Author(s)
Abdul Hamid Moiden
Abstract
Mahasiswa bukan penutur natif banyak melakukan kesalahan morfologi, sintaksis dan mekanis dalam penulisan ilmiah mereka. Kesalahan ini dilakukan disebabkan faktor pembelajaran dan faktor pengajaran. Objektif utama kajian ini adalah menentukan dan mengenal pasti jenis-jenis kesalahan tatabahasa, menghuraikan perbezaan kesalahan bukan penutur natif dari segi aspek pemboleh ubah bebas iaitu jantina, sosioekonomi keluarga (tinggi, sederhana, rendah) dan pencapaian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (tinggi, sederhana, rendah), merumuskan faktor pembelajaran dan faktor pengajaran guru yang mempengaruhi kesalahan tatabahasa aspek morfologi, sintaksis dan mekanis dalam penulisan ilmiah mahasiswa bukan penutur natif. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kualitatif ini hanya terbatas kepada seramai 57 mahasiswa Cina dan India, tahun 1 dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Data-data kualitatif diperoleh daripada penulisan ilmiah mahasiswa dan data kuantitatif diperoleh daripada soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Teori Analsis Kesalahan Bahasa Corder (1973) dan perisian SPPS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 23.0. Hasil penelitian penulisan ilmiah didapati bahawa mahasiswa Cina dan India dari tahun 1 banyak melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan ilmiah mereka. Ini jelas membuktikan bahawa mereka belum menguasai sepenuhnya kemahiran tatabahasa dalam penulisan ilmiah berbahasa Melayu. Selain itu, tiada perbezaan ketara dalam kesalahan bahasa mengikut jantina, pencapaian Bahasa Melayu peringkat SPM dan status sosioekonomi keluarga. Dapatan soal selidik turut membuktikan faktor pembelajaran, iaitu sikap mahasiswa terhadap pembelajaran bahasa Melayu menyumbang kepada kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini hanya tertumpu pada mahasiswa Cina dan India dari tahun 1 UPNM. Oleh yang demikian, kelemahan penguasaan tatabahasa mereka tidak boleh digeneralisasikan kepada penguasaan tatabahasa keseluruhan mahasiswa Cina dan India dalam penulisan ilmiah di UPNM atau keseluruhan IPTA di negara kita. Pelbagai langkah dicadangkan untuk mengatasi kelemahan ini.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
ANALISIS KESILAPAN BAHASA.pdf
Size
4.03 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):24741ea1dfb7ddae00e4f9239b6a81af
