Pelaksanaan nilai-nilai murni mengikut Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan Piawaian Syari’Ah (MS 1900:2014) terhadap kepuasan bekerja dalam kalangan Kakitangan Universiti
Date Issued
2020-10-01
Author(s)
Azmi Ahmad
Abstract
Kemerosotan penghayatan nilai-nilai mumi adalah satu perkara yang sering berlaku dalam sektor awam dan swasta sejak dahulu lagi. Keadaan ini dikenal pasti melalui permasalahan berkaitan dengan soal ketelusan dalam pentadbiran, rasuah, kurang iltizam terhadap tugasan yang diamanahkan dan sebagainya. Langkah SIRIM QAS International Sdn. Bhd. memperkenalkan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syari’ah (MS1900:2014) adalah antara usaha yang dapat membantu meningkatkan penghayatan nilai-nilai mumi dalam kalangan anggota kerja di organisasi. Rentetan itu, sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk melahirkan generasi berpengetahuan dan mempunyai nilai-nilai mumi, Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu memastikan pekerja mereka berada pada tahap kepuasan yang terbaik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, kaedah penerapan dan tahap penghayatan nilai-nilai mumi mengikut Piawaian Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syari’ah (MS1900:2014) di sebuah IPT yang dipersijilkan, serta mengkaji perhubungan antara nilai mumi tersebut dengan kepuasan bekeija. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti nilai yang paling dominan (antara nilai integriti, bekeijasama, mengutamakan pelanggan dan prihatin) dalam menentukan kepuasan bekerja. Tinjauan dilakukan terhadap 297 responden yang terdiri daripada pensyarah, pegawai eksekutif dan pegawai bukan eksekutif di sebuah IPT. Kajian kuantitatif ini dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 23.0 iaitu menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan analisis ujian Kolerasi Pearson dan Regrasi Berganda. Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman (4.3620 dengan sisihan piawai .37332), kaedah penerapan (4.2106 dengan sisihan piawai .50421) dan penghayatan nilai-nilai mumi integriti, bekerjasama, mengutamakan pelanggan dan prihatin mengikut SPK Berasaskan Syari’ah adalah tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan kuat yang signifikan antara penghayatan nilai mumi bekeijasama (r = 0.817), mengutamakan pelanggan (r = 0.768), prihatin (r = 0.758) dan integriti (r = 0.646) dengan kepuasan bekerja. Hasil Ujian Regrasi Berganda mendapati nilai bekeijasama (JI = .545) merupakan nilai yang paling dominan daripada nilai integriti, mengutamakan pelanggan dan prihatin dalam memberi kepuasan bekeija dalam kalangan anggota kerja. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan jawapan altematif tentang pelaksanaan SPK Berasaskan Syari’ah (MS 1900:2014) yang mampu memberikan kepuasan bekerja sekali gus melahirkan pekeija yang berprestasi tinggi dalam kehidupan seharian.
