Pengaruh kualiti produk, servis dan harga terhadap kepuasan pelanggan Kedai Serbaneka
Date Issued
2022
Author(s)
Jessica Ong Hai Liaw
Mohd Nasir Selamat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Rafieamry Selamat
Abstract
Strategi yang sering digunakan untuk meningkatkan prestasi perniagaan adalah dengan menekankan aspek kepuasan pelanggan. Persaingan antara perniagaan dan perubahan teknologi digital yang kian berkembang pesat pada masa kini mampu memberi kesan kepada kesetiaan dan kepuasan pelanggan terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kualiti produk, kualiti servis dan harga dengan kepuasan pelanggan di salah sebuah kedai serbaneka 99 Speedmart di negeri Selangor. Seramai 258 orang responden telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan kepada pelanggan yang mengunjungi premis tersebut. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini untuk menguji pengaruh kualiti produk, kualiti servis dan harga produk terhadap kepuasan pelanggan. Analisis kajian yang telah dijalankan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menguji kolerasi antara pembolehubah menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara kualiti produk, kualiti servis dan harga produk terhadap kepuasan pelanggan di kedai serbaneka tersebut. Keputusan analisis kajian ini mengambarkan bahawa pelanggan amat menitik beratkan soal kualiti produk, kualiti servis dan harga sebelum memilih dan membeli sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Peningkatan kualiti servis dan penawaran harga yang berpatutan dapat mempengaruhi kecenderungan pembelian pelanggan terhadap sesebuah premis. Pengurus perlu sentiasa memastikan produk atau servis yang hendak ditawarkan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah jualan perniagaan.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PengaruhKualitiProduk.pdf
Size
218.05 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b9f924854b30dfa0fb55d1b5cf75b9b8
