Perbandingan peribahasa Melayu, Sepanyol dan Arab bertemakan usaha dalam aspek ekonomi: satu analisis semantik inkuisiti
Date Issued
2024-11-26
Author(s)
Wazzainab Ismail
Universiti Islam Selangor
Zailin Zainal Ariffin
Salina Husain
Universiti Putra Malaysia
DOI
10.22452/melayusedunia.vol7no1.4
Abstract
Peribahasa, antara khazanah bangsa yang universal dan diwarisi secara turun temurun bagi menyampaikan mesej. Peribahasa wujud dengan kepelbagaian füngsi seperti nasihat, sindiran serta mengungkap konsep falsafah dan akal budi masyarakat yang memerlukan pemikiran aras tinggi dalam tafsiran makna. Kesilapan mentafsir makna peribahasa akan menyebabkan kegagalan fungsi peribahasa yang mengakibatkan berlakunya salah faham apabila melibatkan penggunaan lambang yang tidak dikenali kerana berbeza bahasa dan budaya. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti lambang yang digunakan dalam peribahasa Melayu, Sepanyol dan Arab bertemakan usaha dalam aspek ekonomi, serta mengupas makna dan asbab pemilihan lambang dalam ketigatiga peribahasa tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengaplikasi pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986). Sebanyak tiga data peribahasa yang terdiri daripada satu peribahasa Melayu, satu peribahasa Sepanyol dan satu peribahasa Arab telah dianalisis dan ennpat informan terdiri daripada penutur asli berbangsa Melayu, Sepanyol dan Arab telah ditennu bual bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dapatan kajian menunjukkan corak hidup masyarakat dahulu, tradisi serta peristiwa sejarah telah menjadi pencetus kepada pemilihan lambang yang merujuk kepada usaha dalam perniagaan. Hasil kajian juga mendapati, makna sebenar peribahasa dan asbab sesuatu lambang itu dipilih telah dapat dicungkil sehingga ke akar umbi berdasarkan budaya dan akal budi penuturnya melalui pendekatan semantik inkuisitifdan RRS ini.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PerbandinganPeribahasaMelayu.pdf
Size
13.24 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):397d46d41f81739d44a4a8b0f4f3dda0
