Hubungan penghayatan nilai Islam anggota Tentera Darat berdasarkan program Pendidikan Islam Fardu Ain di Lembah Klang
Date Issued
2020
Author(s)
Mohamed Radzi Musa
Abstract
Pelaksanaan program Pendidikan Islam Fardu Ain (PIFA) dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia, bertujuan memantapkan penghayatan nilai Islam. Namun begitu, timbul isu permasalahan yang membimbangkan seperti kes jenayah melibatkan anggota tentera. Oleh itu, timbul persoalan di sudut penghayatan nilai Islam dalam kalangan anggota Tentera Darat melalui program PIFA. Objektif kajian ialah mengkaji perhubungan faktor kurikulum, jurulatih, infrastruktur serta peranan motivasi sebagai pemboleh ubah perantara ke atas penghayatan nilai Islam dalam kalangan anggota Tentera Darat. Instrumen kajian ialah edaran borang soal selidik secara rawak ke atas 354 responden anggota Tentera Darat melalui kaedah kuantitatif. Ujian hipotesis telah dijalankan melalui penggunaan perisian SPSS versi 22. Keputusan kajian mendapati bahawa faktor kurikulum, jurulatih dan infrastruktur mempunyai hubungan signifikan terhadap penghayatan nilai Islam. Manakala, pengujian hipotesis model pemboleh ubah perantara ke atas analisis melalui laluan model SmartPLS versi 3, menjelaskan bahawa motivasi mempunyai hubungan sangat signifikan sebagai pemboleh ubah perantara dalam perhubungan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah tak bersandar dengan penghayatan nilai Islam. Sumbangan dapatan kajian ialah melalui penambahbaikan pelaksanaan program PIFA jika perkara berikut dapat diberikan perhatian: pertama, melaksanakan amalan penambahbaikan ke arah kualiti berterusan dalam kurikulum; kedua, melantik jurulatih yang kompetan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sistematik; ketiga, menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa. Penambahbaikan skop program dipengaruhi oleh peranan motivasi dalam meningkatkan penghayatan nilai Islam secara berkesan dan holistik. Penyelidik amat percaya bahawa penghayatan nilai Islam dapat ditingkatkan dan mencapai objektif program sekiranya cadangan kajian diberi perhatian.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
HUBUNGAN PENGHAYATAN NILAI.pdf
Size
2.98 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b1ff0647eacef7ac6116c48cfe148be9
