Pelaksanaan Kursus Khidmat Komuniti di UPNM : Bertahan atau mansuhkan?
Date Issued
2022
Author(s)
Aida Nasirah Abdullah
Abstract
Kursus Khidmat Komuniti telah dilaksanakan sejak 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kursus ini berada dalam kelompok U4 bagi kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) dan ditawarkan kepada semua pelajar peringkat ijazah sarjana muda sebagai kursus elektif wajib. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada program-program khidmat komuniti yang perlu dibangunkan bermula dari merangka kertas cadangan program sehingga penulisan laporan. Keistimewaan kursus ini ialah mendedahkan pelajar kepada kerja secara berpasukan, membentuk kepimpinan dan mebuat keputusan secara bersama. Kajian ini berhasrat untuk melihat apakah yang mencetuskan minat pelajar untuk melaksanakan program khidmat komuniti selain cabaran yang dihadapi dan usaha mereka bagi memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya. Kajian kes melibatkan lapan responden dalam kalangan pelajar UPNM dari pelbagai latar belakang. Responden telah ditemubual dan maklum balas mereka direkodkan menggunakan Microsoft Teams. Rakaman tersebut kemudiannya ditranskripskan secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar keseluruhan amat berpuas hati dan menghayati kursus ini melalui program khidmat komuniti yang dilaksanakan. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang dilalui oleh pelajar semasa melaksanakan program khidmat komuniti; sebagai contoh masalah untuk mendapatkan dana program dan pandemik Covid-19 yang menyebabkan khidmat komuniti secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. Kajian ini memberi kesan terhadap pelaksanaan kursus khidmat komuniti dan penyelidikan ini akan memberi cadangan kepada penambahbaikan pelaksanaan kursus ini supaya para pelajar dapat mengoptimumkan kebolehan diri dan kerja berkumpulan dengan lebih baik pada masa akan datang.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PelaksanaanKursusKhidmat.pdf
Size
5.14 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):40f5e069fcc565ab79e865a0b4d257a0
