Kesan teknologi media sosial terhadap kesejahteraan psikologi remaja: Satu tinjauan literatur bersistematik (SLR)
Date Issued
2022
Abstract
Alam remaja merupakan satu zaman yang sangat mencabar bagi fasa kehidupan seseorang. Ditambah pula dengan kehadiran teknologi yang membawa kepada perkembangan media sosial pada awal abad ke-20 yang telah mencipta dunia perhubungan tanpa sempadan. Memandangkan penggunaan teknologi media sosial yang semakin meluas dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa, terdapat keperluan dalam kajian berkenaan kesan teknologi media terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Kajian literatur bersistematik ini bertujuan untuk mengumpul dan mensintesis kajian lepas berkenaan kesan teknologi media sosial terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Carian kajian lepas adalah penyelidikan yang diterbitkan antara tahun 2017hingga tahun 2022 dengan pencarian pada pangkalan data Google Scholar. Hasil kajian dikelaskan kepada tiga domain utama iaitu masa yang diluangkan, aktiviti dan ketagihan. Kajian berkenaan kesan media sosial terhadap kesejahteraan psikologi remaja haruslah berdasarkan penyelidikan kualitatif secara longitudinal.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
KesanTeknologiMedia.pdf
Size
122.54 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d04f48e893aa505b31355fab52aa31c3
