Keselamatan di Sabah Timur: Malaysia berhadapan insurgensi alaf baru
Date Issued
2022
Author(s)
Abdul Rahman Alavi
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesahkan samada ciri-ciri aktiviti penjenayahan yang berlaku di timur Sabah boleh di kategorikan sebagai insurgensi jenayah (criminal insurgency) serta persamaanya dengan ciri-ciri insurgensi klasikal Mao serta menilai konsep keselamatan dan pembangunan (KESBAN), iaitu suatu pendekatan melawan insurgensi tradisional boleh diaplikasikan bagi mengatasi masalah insurgensi jenayah di timur Sabah. Kajian juga akan cuba menganalisa hubungkait insurgensi jenayah dengan pelakunya dan sejauh mana penerapan konsep KESBAN klasikal dengan penggabungan teknologi millenium mampu mengawalselia pelakuan jenayah oleh penjenayah. Kajian ini dilaksanakan berteraskan pendekatan kualitatif dengan metodologi kajian berasaskan campuran pendekatan naratif dan kajian kes.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
KeselamatanDiSabahTimur.pdf
Size
6.52 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cc8165efe5a48e049e630366caed0985
