Persiapan pengurusan bencana Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi menghadapi banjir
Date Issued
2018
Author(s)
Mohd Das Md Isa
Abstract
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perancangan pengurusan banjir bagi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM). Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini, iaitu (1) untuk mengenalpasti tahap persediaan menghadapi banjir dari segi perancangan pengurusan bencana iaitu antara faktor latihan bencana, perancangan logistik, perancangan atur gerak, komunikasi antara unit, maklumat perkembangan bencana dan penglibatan keanggotaan membantu mangsa; (2) untuk menguji model kesan langsung terhadap elemen-elemen perancangan pengurusan bencana iaitu antara faktor latihan bencana, perancangan logistik, perancangan atur gerak, komunikasi antara unit, maklumat perkembangan bencana dan penglibatan keanggotaan membantu mangsa dengan fasa persediaan menghadapi bencana dan (3) untuk menentukan pemboleh ubah yang paling mempengaruhi dalam persediaan menghadapi banjir berdasarkan elemen-elemen perancangan pengurusan bencana iaitu antara faktor latihan bencana, perancangan logistik, perancangan atur gerak, komunikasi antara unit, maklumat perkembangan bencana dan penglibatan keanggotaan membantu mangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian-kajian terdahulu. Responden kajian yang telah dipilih menggunakan kaedah rawak yang melibatkan 16 pegawai dan 327 anggota pasukan tempur di bawah naungan pemerintahan Markas 8 Briged. Pakej perisian SPSS versi 22.0 telah digunakan untuk menganalisis data. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis objektif pertama. Manakala, statistikal inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis objektif kedua. Akhirnya, objektif ketiga dianalisis menggunakan ujian regresi linear berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap semua tujuh pemboleh ubah kajian ini berada pada tahap tinggi. Dapatan daripada analisis korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif antara latihan bencana; perancangan logistik; perancangan; komunikasi; maklumat perkembangan bencana; dan penglibatan keanggotaan membantu mangsa terhadap persediaan menghadapi banjir. Dapatan ujian analisis regresi linear berganda pula menyokong hanya tiga daripada enam pemboleh ubah didapati signifikan untuk menerangkan persediaan menghadapi banjir. Tiga pemboleh ubah tersebut adalah komunikasi, maklumat perkembangan bencana dan penglibatan keanggotaan membantu mangsa. Manakala, ujian regresi linear berganda tidak menyokong latihan bencana, perancangan logistik dan perancangan untuk menerangkan persediaan menghadapi banjir. Kesimpulannya, kajian ini memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai hubungan antara faktor perancangan menghadapi bencana (latihan bencana, perancangan logistik, perancangan atur gerak, komunikasi antara unit, maklumat perkembangan bencana dan penglibatan keanggotaan membantu mangsa) dalam persediaan menghadapi bencana banjir.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PERSIAPAN PENGURUSAN BENCANA.pdf
Size
1.49 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1e2c95c9f85b3673a7615bb7f6db5a60