Impak Kompetensi Pengurus terhadap Kecemerlangan Perkhidmatan Kesihatan di Hospital Angkatan Tentera, Malaysia.
Date Issued
2020-10-13
Author(s)
Junaidah Kamarruddin
Abstract
Excellence services are needed in the Military Hospitals in Malaysia to ensure the best and effective services are delivered. Having competence managers is one of the factors that contribute to the excellence services rendered. Therefore, this study aims to determine the level of service excellence amongst managers and factors influencing it in five Military Hospitals under the Ministry of Defence, Malaysia. A cross sectional study was conducted using self-administered questionnaires distributed to public and military managers with different demographic background and services characteristics. Out of 520 forms distributed, 501 were returned and completed. The questionnaires consist of 6 components namely, background of respondence, level service excellence, skills, knowledge in Blue Ocean Strategy (BOS), leadership style and organisational capacity. By using Structural Equation Model, findings of the study showed that all Independent Variables i.e skills (R2 = 0.308, t =15 .543 , p<0.0001), knowledge on BOS (R2 = 0.3 38, t =16.133, p<0.0001), leadership style (R2 = 0.167, t=9.559, p< 0.0001) and organisational compliance ( R2 =0.392, t = 18.502, p < 0.0001) are significantly related to service excellence. For the indirect relationships, grade is the Moderating Variables showed strong influence between Independent and Dependent Variables ( f 2: 0.025; 0.01 <f2 < 0.025, p<0.05) By using Step-wise Multiple Liner Regression, it was found that, managers from grade 41 and below, and within public service scheme shown significant in service excellence. In conclusion, the service excellence of managers in Military Hospitals are strongly influenced by manager' s competency. It is recommended that the Military Hospitals administration should look at the needs for trainings and suitable courses to military and senior managers to enhance their competencies.
Perkhidmatan kesihatan yang cemerlang di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Malaysia adalah amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan efektif. Pengurus-pengurus yang kompeten merupakan salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi kecemerlangan perkhidmatan tersebut. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk menentukan hubungan langsung empat faktor kompetensi yang mempengaruhi tahap kecemerlangan perkhidmatan kesihatan di lima buah HAT di Kementerian Pertahanan Malaysia. Kajian Keratan Rentas telah dijalankan menggunakan borang soal selidik isi sendiri dalam kalangan pengurus-pengurus awam dan tentera dari pelbagai latar belakang demografi dan perkhidmatan. Sebanyak 520 borang telah diedarkan dan 501 borang yang didapati lengkap dan boleh diterima. Borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada 6 komponen iaitu latar belakang pengurus, kecemerlangan perkhidmatan, kemahiran, pengetahuan Strategi Lautan Biru (SLB), gaya Transformasi dan pematuhan organisasi. Dapatan kajian menggunakan kaedah Pemodelan Persamaan Struktur menunjukkan semua faktor mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecemerlangan perkhidmatan iaitu kemahiran ( R2 = 0.308, t =15.543, p<0.0001), pengetahuan SLB ( R2 = 0.338, t =16.133, p < 0.0001), gaya Transformasi ( R2 = 0.167, t = 9.559, p < 0.0001) dan pematuhan organisasi ( R2 =0.392, t = 18.502, p < 0.0001). Manakala dalam hubungan tidak langsung di antara faktor kompetensi dan kecemerlangan perkhidmatan dengan kemasukan Pembolehubah Penyederhana (PP) (jantina, umur, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, pengalaman, gred, skim, latihan dan aktiviti) melalui analisis Pemodelan Persamaan Struktur yang disokong oleh analisis Regresi Linear Berganda Stepwise, terdapat pengaruh kuat bagi kemasukan gred ( f2 2:: 0.025; 0.0l <f2 < 0.025, p<0.05). Analisis menunjukkan gred 41 dan ke bawah dan skim Awam mempunyai hubungan yang signifikan dalam hubungan faktor komoetensi dan kecemerlangan. Kesimpulannya, kecemerlangan perkhidmatan kesihatan HAT dipengaruhi oleh faktor-faktor kompetensi pengurus. Oleh itu, adalah dicadangkan pihak pengurusan melihat kepada keperluan latihan yang sesuai kepada pengurus -pengurus di HAT bagi meningkatkan kompetensi mereka.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
IMP_2020_CHA.pdf
Size
15.77 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):16689b942f6976bfc3af54bb5c5f36e5