Analyzing Cyber Threat Factors to Enhance Risk Management in Malaysian Armed Forces Headquarters
Date Issued
2025-02-26
Author(s)
Asmalina Fiona Ahshari
Abstract
Cyber security plays an important role in the increasingly complex digital era, especially to protect highly classified data and ensure national security. Several series of malware activities detected on computers within the Defense Engineering Services Division (DESD) network have raised concern about the integrity and security of DESD's sensitive data, thus increasing the risk of data leakage. The cyber threats faced by DESD serves as motivation of this study. This study aims to identify the cyber threat factors that occur in Malaysian Armed Forces Headquarters (MAFHQ) and worldwide, analyze the identified cyber threat factors affecting the MAFHQ and validate the relationship between cyber threat factors in enhance risk management towards MAFHQ. Through a comprehensive literature review and quantitative data analysis, this study examines the factors that contribute to cyber threats, including human, process and technological elements. The findings reveal significant gaps in cyber security awareness, policy enforcement and the adoption of modem security technologies. To address this issue, the study recommends a holistic approach to cyber threats risk management, integrating continuous cyber security awareness education and training, strengthen policy enforcement and regulatory compliance, and the use of advanced security technology. The proposed holistic approach aims to enhance MAFHQ’s cyber threat posture, ensure maximum protection of sensitive information, as well as strengthen the integrity of military operations. This study not only contributes to strengthening cyber threats in DESD but also be applied by department within MAFHQ. By implementing the recommended approach, MAFHQ can effectively mitigate the risk of cyber threats and strengthen national security in an increasingly challenging digital environment.
Keselamatan siber memainkan peranan penting dalam era digital yang semakin kompleks, terutamanya bagi melindungi data berklasiflkasi tinggi dan memastikan keselamatan negara. Beberapa siri aktiviti perisian hasad yang dikesan pada komputer dalam rangkaian Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) telah menimbulkan kebimbangan mengenai integriti serta keselamatan data sensitif BPKP, sekali gus meningkatkan risiko kebocoran maklumat. Ancaman siber yang dihadapi oleh BPKP menjadi asas utama kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti punca utama ancaman siber yang berlaku di dalam Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) dan seluruh dvmia, menganalisis faktor ancaman siber yang telah dikenalpasti dan mengesahkan hubungan antara faktor ancaman siber faktor bagi meningkatkan pengurusan risiko terhadap MK ATM. Melalui kajian literatur yang komprehensif dan analisis data kuantitatif, kajian ini meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada ancaman siber, termasuk faktor manusia, proses dan teknologi. Penemuan ini mendedahkan jurang yang ketara dalam kesedaran keselamatan siber, penguatkuasaan dasar dan penggunaan teknologi keselamatan yang canggih. Bagi menangani isu ini, kajian mencadangkan pendekatan holistik kepada pengurusan risiko ancaman siber, menyepadukan pendidikan kesedaran dan latihan keselamatan siber secara berterusan, penguatkuasaan dasar dan pematuhan kawal selia yang lebih ketat, dan penggunaan teknologi keselamatan yang canggih. Pendekatan holistik yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan ancaman siber MK ATM, memastikan perlindungan maksimum terhadap maklumat sensitif, serta memperkukuhkan integriti operasi ketenteraan. Kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada pemerkasaan ancaman siber dalam BPKP tetapi juga dapat diterapkan oleh Bahagian di dalam MK ATM. Dengan pelaksanaan holistik yang disyorkan, MK ATM bempaya mengurangkan risiko ancaman siber secara efektif dan memperkukuhkan keselamatan negara dalam persekitaran digital yang semakin mencabar.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
ANA-2025-FIO.pdf
Size
11.67 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):aedeb122931e5b7cd3f4a13580718037