Hubungan kemurungan, kebimbangan dan stres terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar pada pasca perintah kawalan pergerakan
Date Issued
2024
Author(s)
Rosilawati Salihan
Abstract
Permasalahan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada pasca perintah kawalan pergerakan telah menjadi perbincangan isu kesihatan mental kebelakangan ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kemurungan, kebimbangan dan stres terhadap terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada pasca perintah kawalan pergerakan. Kaedah kajian kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data melalui soal selidik Patient Health Question-9 (PHQ-9), General Anxiety Disorder (GAD-7), Depression Anxiety Stress Scale (DASS) dan Kesejahteraan oleh Ryff terhadap seramai 274 responden dari beberapa buah sekolah menengah di negeri Selangor. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kemurungan, kebimbangan dan stres masing-masing mempunyai hubungan yang sangat lemah terhadap kesejahteraan psikologi. Walaupun hubungan kemurungan menunjukkan arah negatif, manakala kebimbangan dan stress menunjukkan arah positif, ketiga-tiga pemboleh ubah ini tidak signifikan dari segi statistik (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis kajian ditolak, menandakan bahawa tiada Kesan ketara antara kemurungan, kebimbangan dan stres terhadap kesejahteraan psikologi pelajar pada pasca PKP. Dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai panduan bagi membantu pihak pengurusan sekolah dan pengkaji akan datang terhadap keprihatinan kesejahteraan psikologi murid. Maka, beberapa penekanan bagi cadangan-cadangan berikut perlulah diutamakan, iaitu seperti sokongan sosial, keadaan persekitaran atau mekanisme daya tindak, mungkin memainkan peranan yang lebih penting dalam mempengaruhi kesejahteraan psikologi pelajar semasa tempoh pemulihan selepas pandemik. Kajian lanjut dicadangkan untuk meneroka faktor-faktor ini dengan lebih mendalam.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
HUBUNGAN KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN.pdf
Size
1.52 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c09f37b439c7162e5363427dfa765dad
