Pembinaan model toleransi etnik berdasarkan kepada pengaruh pengantara tadbir urus
Date Issued
2018
Author(s)
Nur Farahana Zul Kernain
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk membina model toleransi etnik yang melibatkan para pelajar universiti dari tiga buah Universiti Awam (UA) berkluster penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berdasarkan pengaruh pengantara tadbir urus. Berdasarkan kepada objektif utama, beberapa pecahan objektif diketengahkan dalam kajian ini iaitu (1) untuk mengenal pasti tahap agama, hubungan sosial rentas etnik, tadbir urus dan toleransi etnik terhadap pelajar dari tiga buah Universiti Awam berkluster penyelidikan berdasarkan kaum majoriti di Malaysia; (2) untuk mengkaji hubungan di antara agama dan hubungan sosial rentas etnik dengan toleransi etnik terhadap pelajar dari tiga buah Universiti Awam berkluster penyelidikan berdasarkan kaum majoriti di Malaysia; (3) untuk mengkaji hubungan di antara agama dan hubungan sosial rentas etnik dengan tadbir urus terhadap pelajar dari tiga buah Universiti Awam berkluster penyelidikan berdasarkan kaum majoriti di Malaysia; (4) untuk mengkaji tadbir urus sebagai pengaruh pengantara terhadap hubungan di antara agama dengan toleransi etnik; (5) untuk mengkaji tadbir urus sebagai pengaruh pengantara terhadap hubungan di antara hubungan sosial rentas etnik dengan toleransi etnik; dan (6) untuk membina model berstruktur bagi menerangkan hubungan di antara agama dan hubungan sosial rentas etnik dengan toleransi etnik berdasarkan kepada pengaruh pengantara tadbir urus. Model ini dibina berdasarkan kepada empat konstruk utama iaitu konstruk agama, hubungan sosial rentas etnik, tadbir urus dan toleransi etnik. Kajian ini menggunakan kaedah eksploratori dan kaedah kajian keratan rentas yang melibatkan seramai 378 pelajar ijazah sarjana muda dari Fakulti Sains Sosial di bawah UM, UKM dan UPM. Pembentukan borang kaji selidik adalah berdasarkan kepada pembinaan item dan pengadaptasian instrumen menggunakan 5 mata skala Likert. Analisis Model Persamaan Berstruktur (MPB) pula menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2 telah diaplikasikan bagi menganalisis hipotesis-hipotesis kajian dan membina model toleransi etnik berdasarkan pengaruh pengantara tadbir urus. Secara keseluruhan, pembinaan model toleransi berpandukan pengaruh pengantara tadbir urus yang dihasilkan adalah diterima kerana kesan perantara peranan tadbir urus telah memberi pengaruh yang besar terhadap toleransi etnik. Selain itu, keputusan setiap hipotesis kajian juga didapati selaras dengan tahap persetujuan para pelajar universiti terhadap peranan agama, hubungan sosial rentas etnik dan tadbir urus dalam mempengaruhi tahap toleransi etnik.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PEMBINAAN MODEL TOLERANSI.pdf
Size
5.28 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2c4344783963c449ed9d2aa05e6d421e
