Pengaruh program Tahsin Al-Quran terhadap prestasi kerja imam Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia
Date Issued
2021
Author(s)
Mohd Na’im Ahmad
Abstract
Bagi warga KAGAT, ILMI berperanan sebagai pusat pembangunan dan pemantapan para ‘daie askari’ dan Imam yang berkualiti. ILMI mempunyai tugas yang berat bagi menjayakan harapan ATM dan KAGAT sendiri. Terdapat permasalahan yang dikenal pasti iaitu kelemahan prestasi kerja Imam KAGAT dan kurang kajian berkaitan pengaruh PTA yang menyentuh faktor kandungan modul, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan atasan. Kajian ini juga turut menganalisis faktor kandungan modul, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan atasan terhadap PTA yang mempengaruhi prestasi kerja Imam. Objektif kajian ini bertujuan menganalisis pengaruh Program Tahsin Al-Quran (PTA) terhadap prestasi kerja Imam Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) di Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI). Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi menghuraikan pengaruh PTA terhadap prestasi kerja. Sampel kajian adalah terdiri daripada 280 orang Imam dalam kalangan LLP KAGAT daripada jumlah populasi seramai 846 orang Imam yang berkhidmat dalam tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 27.0 bagi data kuantitatif yang telah diperoleh secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan nilai min adalah tinggi bagi keseluruhan faktor dalam PTA. Melalui ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang postif diantara kandungan modul, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan atasan dengan terhadap PTA yang mempengaruhi prestasi kerja Imam. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya pihak KAGAT dan ILMI agar memberi perhatian yang besar terhadap semua faktor tersebut untuk membantu para Imam meningkatkan prestasi kerja mereka. Kesimpulannya, kandungan modul, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan atasan terhadsap PTA telah memberi kesan kepada prestasi kerja secara keseluruhannya dan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa program latihan masa kini.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PENGARUH PROGRAM TAHSIN.pdf
Size
2.04 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0dbcd9bb987a36f0c552a69aabac1aaf
