Cabaran pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing peringkat Universiti ketika pandemik Covid-19
Date Issued
2021
Author(s)
Abstract
Isu pembelajaran dan pengajaran (P&P) bahasa Arab sentiasa relevan dari semasa ke semasa. Tambahan pula, dalam situasi suasana pembelajaran yang berbeza disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda peringkat global termasuk Malaysia, terdapat perubahan dimensi penyesuaian dari pihak pelajar. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menyelidik penerimaan pelajar terhadap pembelajaran secara dalam talian serta cabaran yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini ialah kajian temu bual menggunakan platform maya dan direkod, seterusnya ditranskripsikan secara verbatim. Kajian pelbagai kes ini dianalisis secara tematik berdasarkan data tepu yang diperoleh iaitu 21 pelajar. Kajian ini melibatkan pelajar dari pelbagai latar belakang jurusan yang mempelajari bahasa asing (Arab II) sebagai subjek teras Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Berdasarkan dapatan kajian ini, pelajar pada mulanya tidak selesa dengan pembelajaran secara dalam talian yang menggunakan pelbagai platform disebabkan kekangan khusus. Menariknya, mereka mula menyesuaikan diri disebabkan beberapa faktor. Selain itu, cabaran yang dihadapi adalah pelbagai dan masing-masing cuba mengatasi cabaran tersebut menggunakan pendekatan tersendiri. Hasilan kajian dapat membantu para pengajar BA di UPNM khususnya dan di peringkat universiti amnya untuk saling menyediakan platform bersesuaian dalam pengajaran BA dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi pelajar supaya proses pembelajaran dan pembelajaran lebih efektif.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
CabaranPembelajaranBahasa.pdf
Size
215.3 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2347b5e29a7c03f9b6dfc75a04b016dc
