Penambahbaikan skema euler menggunakan konsep min dan pengujian ke atas persamaan litar perintang aruhan (RL)
Date Issued
2020
Author(s)
Nooraida Samsudin
Abstract
Kaedah Euler merupakan kaedah yang mudah dalam menyelesaikanPersamaan Terbitan Biasa (PTB) peringkat pertama. Namun begitu, kelemahan kaedah Euler seperti kejituan, kepantasan dan kekompleksan mendorong para penyelidik menggunakan kaedah yang kompleks seperti Runge-Kutta, AdamsMoulton dan lain-lain. Justeru itu, kajian ini bertujuan membangunkan kaedah Euler Terubahsuai baharu yang ditambahbaik dengan menggabungkan konsep kaedah Euler Terubahsuai asal dan min. Dua min yang dipilih ialah min punca kuasa dua (RMS) dan min kubus. Pemilihan kedua-dua min ini kerana ia memberi nilai purata yang lebih baik berbanding min aritmetik. Kaedah Euler Terubahsuai cadangan diuji ke dalam PTB peringkat pertama dengan mengambil nilai ralat maksimum. Prestasi kejituan bagi kaedah Euler Terubahsuai cadangan dibandingkan terhadap kaedah Euler Terubahsuai asal dan kaedah Euler Terubahsuai kajian terkini. Keputusan dari segi kepantasan dan kekompleksan juga dibandingkan dan direkodkan. Hasil kajian membuktikan skema cadangan Poligon RMS (PRMS) merupakan skema cadangan yang lebih baik dari segi prestasi kejituan dengan 56.41%. Skema cadangan Euler RMS (ERMS) dan Poligon RMS (PRMS) memperolehi prestasi yang lebih baik dengan 29.49% berbanding skema cadangan yang lain. Kaedah Euler Terubahsuai cadangan seterunya diuji ke dalam persamaan litar perintang aruhan (RL). Ini bagi membuktikan skema Euler Terubahsuai cadangan mampu diaplikasikan ke dalam bidang teknologi elektrik. Kesimpulannya kaedah Euler Terubahsuai ini mampu sebagai penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah Persamaan Terbitan Biasa dari segi kejituan, kepantasan dan kekompleksan serta diaplikasikan ke dalam bidang teknologi elektrik.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PENAMBAHBAIKAN SKEMA EULER.pdf
Size
3.29 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):39921a3a036599ea7be3c8f48ca1003d
