Kesan amalan pengurusan sumber manusia terhadap penglibatan kerja di organisasi perkilangan elektrikal
Date Issued
2022
Author(s)
Mohamad Harith Hakimi Md Radzi
Nik Ismail Rashed Che Ali
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji kesan amalan pengurusan sumber manusia terhadap penglibatan kerja di sebuah organisasi pembuatan iaitu Panasonic Appliances Airconditioning Malaysia Sdn. Bhd. Seramai 120 orang responden telah terlibat dalam kajian yang telah dijalankan ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini merupakan kaedah kuantitatif melalui hasil pengumpulan data yang diperoleh daripada edaran borang soal selidik. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam kajian ini dengan perisian komputer iaitu Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 25. Hasil analisis kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pemberian faedah, pengurusan gaji serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap penglibatan kerja. Justeru saranan dikemukakan agar amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan sangatlah perlu dalam memastikan kecenderungan yang tinggi dalam kalangan pekerja untuk menyumbang bakti kepada organisasi di samping mengurangkan kadar pusing ganti pekerja.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
KesanAmalanPengurusan.pdf
Size
566.88 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):47d76420f800dbec25bd66dba587be4a
