Perlindungan kemaslahatan kanak-kanak dalam perkahwinan: satu penelitian menurut hukum syarak
Date Issued
2021
Abstract
Perkahwinan kanak-kanak adalah merupakan isu sosial yang sering mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan masyarakat beragama Islam di Malaysia. Ini kerana sekiranya kemaslahatan kanak-kanak tidak diberikan perhatian seperti yang digariskan oleh hukum syarak, maka dikhuatiri mampu menyebabkan ancaman terhadap diri dan masa depan yang bakal ditempuhi oleh mereka. Perlindungan kemaslahatan tersebut penting bagi mengelakkan kebarangkalian berlakunya penganiayaan terhadap hak asasi kanak-kanak berpunca daripada kecuaian pihak yang sepatutnya memikul tanggungjawab tersebut. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan membincangkan tentang aspek-aspek kemaslahatan kanak-kanak yang wajib diberikan perhatian dan perlindungan sebelum terbentuknya ikatan perkahwinan. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi mengumpulkan data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa hukum syarak telah menetapkan bahawa terdapat aspek-aspek utama yang wajar dilindungi oleh wali perkahwinan bagi yang menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Kesemua aspek tersebut seharusnya diberikan keutamaan sebelum perkahwinan berlangsung bagi mengelakkan kemudaratan terhadap kanak-kanak sepanjang tempoh perkahwinan.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PerlindunganKemaslahatanKanak-kanak.pdf
Size
534.3 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1d8612595b5d537c5659fb02fb02b8e2
