Ketahanan komuniti semasa menghadapi bencana dalam perspektif Islam.
Date Issued
2016
Author(s)
Ahmad Azan Ridzuan,
Mohd Juraimy Kadir
Safar Yaacob
Oktari, Rina Suryani
Abstract
Bencana ditafsirkan sebagai musibah yang akan memberi kesan kepada sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat dan berlaku tanpa sebarang amaran. Kelompok utama yang terdedah kepada bahaya bencana ini adalah komuniti di kawasan terbabit. Kertas konseptual ini akan membentangkan elemen-elemen ketahanan komuniti iaitu hubungan, kerjasama, pendidikan dan kepimpinan yang berperanan mempengaruhi kepada perspektif dan tingkah laku komuniti di kawasan kajian. Model ketahanan komuniti diperkukuhkan dengan teori-teori seperti teori ketahanan, teori kawalan sosial dan teori perubahan komuniti dengan konsep hablumminannas hablumminallah yang memberi gambaran bahawa komuniti berperanan penting dalam persediaan menghadapi sebarang bencana yang berlaku di kawasan terkesan. Selain daripada teori-teori yang dinyatakan, kertas kerja ini juga turut melihat pandangan dan pendekatan berkonsep Islam terhadap urusan tindakan dan koordinasi mengatasi dan mengendali bencana dalam sesebuah komuniti. Hasil dari kajian lepas menunjukkan bahawa elemen-elemen ketahanan komuniti iaitu hubungan, kerjasama, pendidikan dan kepimpinan mempunyai hubungan dengan perspektif komuniti. Selanjutnya, kajian ini akan membincangkan dan menganalisa secara terperinci elemen-elemen ketahanan komuniti serta teori-teori yang berkonsep Islam untuk urustadbir dalam situasi yang berkaitan.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
KetahananKomunitiSemasa.pdf
Size
5.21 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2cb4c278ca300ef797d5882743e9915b
