Impact of Threats on Social Media Acts and Policies Implementation in Malaysia
Date Issued
2022-11-30
Author(s)
Shamsina Isa
Abstract
Misuse of social media is a critical phenomenon that can have negative impacts on users, and it necessitates responsible action from the authorities, especially through national acts and policies, to combat the issue. Prior studies have shown that current laws and policies could not solve this problem. Thus, this study aims to analyse the acts and policy implementation, and impact of threats on social media. There are three (3) specific objectives: (1) to identify Malaysian government acts and policies on social media in Malaysia; (2) to examine the challenges and effectiveness of Malaysian government acts and policies; and (3) to analyse effective measures in mitigating social media issues. A qualitative research methodology is used in this study, in which primary and secondary data such as interviews, newspaper articles, and journal articles are used to gather quality data that conforms to the aim of the study. The findings of this study indicate that Malaysian acts and policies are ineffective in dealing with social media issues. The study also shows significant requirements for reviewing the present acts and policies. To move forward, it is important to have a comprehensive program to educate the public more about social media, especially how it affects national security.
Fenomena penyalahgunaan media sosial boleh menyumbang kepada implikasi negatif yang kritikal terhadap isu keselamatan negara. Keberadaan akta dan pelaksanaan pelbagai polisi masih tidak dapat menyelesaikan fenomena ini. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka dan memahami keberkesanan akta dan, polisi yang sedia ada dan kesannya terhadap keselamatan negara. Secara khusus kajian ini mempunyai tiga (3) objektif iaitu (1) untuk meneroka dan mengenalpasti akta dan polisi yang telah / sedang diimplimentasikan oleh kerajaan Malaysia, (2) untuk menganalisa cabaran dan keberkesanan pengimplimentasian akta dan polisi di Malaysia, dan (3) untuk menganalisa tindakan-tindakan yang efektif dalam usaha mengurangkan isu penyalahgunaan media sosial dan hubungannya dengan keselamatan negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, di mana data primer dan sekunder seperti temuramah, suratkhabar, artikel dan jurnal digunakan untuk mendapatkan data yang berkualiti bagi memenuhi objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa akta dan polisi yang sedia ada masih tidak efektif dalam menangani isu penyalahgunaan media sosial. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat keperluan yang signifikan bagi mengkaji semula akta dan polisi yang sedia ada. Seterusnya dapatan kajian juga mencadangkan satu program pendidikan secara komprehensif perlu dilaksanakan kepada masyarakat demi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap isu media sosial, terutamanya kaitan penyalahgunaan media sosial dengan keselamatan negara.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
IMP_2022_SHA.pdf
Size
46.48 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):256ca0d9a5d712b58b14062cb278cd9f