Conflict in Lebanon: Internal Instability and Peace Resolution
Date Issued
2021-12-19
Author(s)
Zoolhilmi Hj Zamani
Abstract
Lebanon is currently in the midst of an unprecedented escalating humanitarian crisis and has plunged into poverty while threatening the well-being of the population, economic development and social welfare, national and even regional stability. This dire and worst situation is due to the impact of explosion at Beirut port on 4 August 2020, the massive economic collapse and the COVID-19 pandemic as well as the corruption in their political arena that has long occurred in addition with the crisis responses by government which dysfunctional and mismanaged. This emergency situation has occurred due to the country's turbulent historical background and complex regional geopolitical context including refugee crisis especially from Syria, continuing of foreign influence, corruption, culture of nepotism and the rights among political party fragments with power sharing based on religious sectarian. With more than half of the country's population now are living in poverty, the middle and lower classes are among those at risk and affected. Today, due tC? the political instability, economic and humanitarian crises that occur without any reforms in these areas which if continued will lead and cause Lebanon's institutional failure, massive poverty, instability and increased violence. This study will discuss and analyse the internal instability of the Lebanese state by looking in terms of political conflict, domestic security and economic related issues. The results of this study will contribute to the knowledge and history related to the Lebanese consociational power-sharing system, political coalition, internal security and economic issues. Therefore, the results of this analysis will also provide and suggest with the prospects related to the peacebuilding for this country to overcome the challenges they are facing today.
Negara Lubnan kini berada di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin memuncak yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan telah menjerumuskan negara tersebut ke jurang kemiskinan di samping mengancam kesejahteraan penduduk, pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, kestabilan negara dan juga serantau. Situasi yang buruk ini disebabkan oleh kesan letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos 2020, kejatuhan ekonomi yang besar dan pandemik COVID-19 serta suasana rasuah di dalam arena politik yang telah lama terjadi di samping tindak balas terhadap krisis yang sedang berlaku oleh kerajaan yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak terurus. Darurat ini turut berlaku berikutan latar belakang sejarah negara yang bergolak dan konteks geopolitik serantau-yang kompleks ·termasuk krisis pelarian terutamanya dari Syria, pengaruh asing yang berterusan, rasuah, budaya nepotisme dan hak dalam kalangan pecahan parti politik dan perkongsian kuasa berdasarkan kepada pecahan mazhab agama. Berdasarkan kepada lebih separuh penduduk negara tersebut yang kini hidup di dalam kemiskinan, golongan pertengahan dan bawahan adalah merupakan antara golongan yang berisiko dan terjejas. Pada hari ini, disebabkan oleh ketidakstabilan politik, krisis ekonomi dan kemanusiaan yang terjadi tanpa melakukan sebarang reformasi terhadap bidang tersebut yang sekiranya diteruskan akan membawa dan menyebabkan berlakunya kegagalan terhadap institusi, kemiskinan besar-besaran, ketidakstabilan dan peningkatan keganasan di negara Lubnan. Kajian ini akan membincangkan dan menganalisis berkaitan ketidakstabilan dalaman negara Lubnan dengan melihat dari sudut konflik politik, keselamatan domestik dan isu-isu berkaitan ekonomi. Hasil kajian ini akan menyumbang kepada pengetahuan dan sejarah berkaitan sistem perkongsian kuasa consociational Lubnan, gabungan politik, keselamatan dalam negeri dan isu ekonomi. Hasil daripada analisa kajian ini akan turut mencadangkan beberapa prospek berkaitan pembinaan keamanan bagi negara Lubnan dalam mengatasi cabaran yang sedang hadapi pada masa kini.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
CON_2021_MEJ.pdf
Size
5.36 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5f3a956e2e9ba0e1e2c79c0d85017d3b