Impact of Covid 19 Pandemic: Sustaining RMN's Logistics Support during a Pandemic Situation
Date Issued
2021-03-31
Author(s)
Murugaya Edward Pany
Abstract
The aim of this study is to investigate on the management of logistic and supply chain of the Royal Malaysian Navy (RMN) in sustaining the challenges faced during the COVID 19 pandemic based on four principles for a resilient and sustainable supply chain which is adopted from de Sousa et. al (2020) focusing on the dimension Supply Chain of Supply Chain Reengineering, Supply Chain Collaboration, Supply Chain Agility and Supply Chain Risk Management Culture. This research is guided by the following research objectives: to determine the relationship between the four dimensions of SC with RMN’s SC Resilience; to determine the level of their contribution towards RMN’s SC Resilience during the pandemic; and to determine the current practice in RMN to achieve SC Resilience and logistics sustainability in the RMN during the pandemic. The research is conducted using quantitative method with descriptive statistic from the data collected through questionnaire among the logisticians in RMN base in Lumut. The focus of the survey is in accordance with the researchers aim to focus on the logisticians with vast experience in logistics and supply field. The survey result has indicated strong positive relationship between all the all developed variables and further revealed that most of the logistics department in the RMN has given a higher priority to SC Collaboration as the main effort in achieving SC Resilience followed by Supply Chain Agility and Supply Chain Reengineering. The least priority is given to Chain Risk Management Culture. At the same time, the result also indicated that Supply Chain Risk Management Culture is more likely to lead to improving RMN Supply Chain Resilience followed by SC Reengineering.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengurusan logistik dan rantaian bekalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menangani cabaran yang dihadapi semasa pandemik COVID 19 berdasarkan empat prinsip rantaian bekalan bagi menentukan kesinambungan rantaian bekalan yang diadaptasi dari Sousa et. al (2020) iaitu Penjanaan Semula, Kolaborasi, Ketangkasan dan Budaya Pengurusan Risiko. Penyelidikan ini adalah berdasarkan objektif berikut: untuk menentukan hubung kait antara empat dimensi raitai bekalan tersebut dengan kesinambungan rantaian bekalan TLDM; menentukan tahap sumbangan mereka terhadap kesinambungan rantaian bekalan TLDM semasa pandemik; dan untuk menentukan amalan semasa dalam TLDM untuk mencapai kesinambungan rantaian logistik semasa keadaan pandemik. Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan statistik deskriptif dari data yang dikumpulkan melalui soal selidik di kalangan kumpulan logistik di pangkalan TLDM, Lumut. Fokus kajian adalah sesuai dengan kehendak penyelidik yang ingin memberi tumpuan kepada kumpulan logistik yang berpengalaman luas dalam bidang logistik dan bekalan. Hasil kajian telah menunjukkan hubungan positif yang kuat antara semua pemboleh ubah yang dikembangkan dan selanjutnya menunjukkan bahawa sebahagian besar jabatan logistik di TLDM telah memberikan keutamaan yang lebih tinggi kepada aspek kolaborasi (SC Collaboration) sebagai usaha utama dalam mencapai kesinambungan rantaian logistik diikuti oleh ketangkasan rantaian bekalan (SC Agility) dan Penjanaan Semula Rantaian Bekalan (SC Reengineering). Kajian juga menunjukkan TLDM memberikan keutamaan paling rendah kapada aspek Amalan Pengurusan Risiko Rantaian Bekalan (SC Risk management Culture). Pada masa yang sama, hasil kajian juga menunjukkan bahawa Amalan Pengurusan Risiko Rantaian Bekalan (SC Risk Management Culture) adalah lebih cenderung untuk mendorong kepada kesinambungan rantai bekalan TLDM diikuti oleh Penjanaan Semula Rantaian Bekalan (SC Reengineering).

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
IMP-2021-MUR.pdf
Size
99.48 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d2e85a5a821b0395aa077dede7c469fc