Consociational Politics sebagai pengaruh pengantara dalam hubungan pendidikan, ekonomi dan agama bagi mengukuhkan perpaduan etnik dalam kalangan belia di Universiti Malaya dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Date Issued
2023-06-23
Author(s)
Nur Kamillia Izzati Samsudin
Abstract
Ojektif utama kajian ini adalah untuk membina model perpaduan antara komuniti etnik yang melibatkan belia ataupim para pelajar universiti dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berdasarkan penganih pengantaia consociational politics. Berdasarkan kepada objektif utama, beberapa objektif telah diketengahkan dalam kajian ini iaitu, (a) untuk mengenal pasti faktor>faktor yang mempenganihi penerimaan poUtik permuafakatan dalam kalangan belia ataupun para pelajar universiti; (b) untuk mengkaji hubungan di antara pendidikan, ekonomi serta agama dengan perpaduan etnik dalam kalangan belia ataupun para pelajar universiti; (c) untuk mengkaji consociational politics sebagai penganih pengantara terhadf^ hubungan di antara pendidikan, ekonomi serta agama dengan perpaduan antara kelompok etnik etnik dalam kalangan belia ataupun para pelajar universiti, dan (d) untuk monbina model berstruktur bagi menerangkan hubungan di antara pendidikan, ekonomi serta agama dengan perpaduan antara kelompok etnik dalam kalangan belia ataupun para pelajar universiti berdasaikan kepada pengaruh consociational politics. Kajian ini melibatkan seramai 373 pelajar Ijazah Saijana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan di bawah UM dan UPNM. Pembentukan borang kaji selidik adalah berdasaikan kepada pembinaan item dan pengadaptasian instrumen dengan menggunakan 5 mata Skala Likert. Analisis Model Persamaan Berstruktur (MPB) pula menggunakan perisian SmartPLS versi 3.3, dan ia telah diaplikasikan bagi menganalisis hipotesis-hipotesis kajian, serta membina model perpaduan dalam kalangan belia ataupun para pelajar universiti etnik, berdasarkan pengaruh pengantara consociational politics. Secara keselunihan, model perpaduan antara kelompok etnik beipandukan kepada pengaruh pengantara consociational politics yang dihasilkan, adalah diterima kerana kesan perantara peranan consociationalpolitics telah memberi pengaruh teihadap perpaduan antara kelompok etnik dalam kalangan belia ataupun para pelajar universiti di UM dan UPNM. Selain itu, keputusan setiap hipotesis kajian didapati juga selaras dengan tahap persetujuan para pelajar universiti terhadap peranan pendidikan, ekonomi, agama dengan politik consociational politics dalam mempenganihi usaha pengukuhan perpaduan dalam kelompok emik.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
CONSOCIATIONAL POLITICS SEBAGAl.pdf
Size
31 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ac03ebaa8b9eaf4d8ecb9f2dffea1f9d
