The Impact of the Belt and Road Initiative on Sri Lanka from Economy and National Security Perspectives
Date Issued
2022
Author(s)
Mohd Asraf Abd Kahar
Abstract
The title of the thesis is The Impact of the Belt and Road Initiative on Sri Lanka From Economy and National Security Perspectives. The Belt and Road Initiative (BRI) was started in 2013 by China with the strategic purpose of reducing dependent with the United States, Japan, and Russia by leveraging the historic silk road concept. The commercial and economic strategy of this approach has shifted toward Asian nations. By demonstrating the trade war between the United States and China has increasing influence in the region with attractive offers through the BRI in Asian countries, as well as developing effective relations in regional countries, raises new policy stability concerns in the context of politic, economy, military, social and infrastructure. In order to generate more cohesive results, three objectives have been formulated. First, to identify the motivating factors that led Sri Lanka to join this project. The second objective is to examine the potential benefits to Sri Lanka of implementing the BRI. The third objective is to analyse the impact Sri Lanka gained from the economic and security perspectives of its involvement in this initiative. These three objectives aim to analyse the variables and factors that influence Sri Lanka's impact, particularly in terms of impacting aspects of the country's economy and national security in the political, economic, military, social, and infrastructural development domains. These three objectives are significant for analysing the impact on Sri Lanka that will enhance bilateral relations between two nation. This study provides an international relations perspective on power and interdependence, which explain specific environment governed by rules, norms, institutions, and identities. This study employs a qualitative approach in which the researcher combines analysis and description to achieve the most accurate results. The examination of historical research outcomes is the primary source of information for the research, and the selection procedure comprises credible and accurate sources. The scope of this study encompasses the years 2016 to 2022. According to the findings of the study, China and Sri Lanka always prioritise their own national interests. The interdependence between Sri Lanka and China is also taken into consideration. Eventhough this two countries has various perspectives on political, economic, and military development, this leads to more constructive diplomacy and a perception that the BRI will have the opposite effect promised to the countries participating in this initiative.
Tesis ini bertajuk The Impact of Belt and Road Initiative on Sri Lanka from Economy and National Security Perspectives. Belt and Road Initiative (BRJ) telah dilancarkan pada tahun 2013 oleh China dengan sasaran objektif strategiknya untuk mengurangkan kesalingbergantungan dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Rusia dengan menggunapakai konsep laluan sutera yang bersejarah. Polisi ini telah mengalih strategi perdagangan dan ekonominya ke negara-negara Asia. Sementara itu, Dengan memperlihatkan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, pengaruh China yang semakin meningkat di rantau ini dengan tawaran menarik menerusi BRJ di negara-negara Asia selain mengembangkan hubungan yang efektif di negara serantau menimbulkan isu kestabilan polisi baharu dalam konteks keselamatan politik, keselamatan ekonomi dan keselamatan ketenteraan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih koheren, tiga objektif kajian telah ditetapkan. Pertama, untuk mengenal pasti faktor yang mendorong Sri Lanka untuk menyertai inisiatif ini. Kedua, untuk meneliti kemungkinan faedah yang diterima Sri Lanka dalam pelaksanaan BRJ. Ketiga adalah menganalisa kesan yang diterima oleh Sri Lanka dari aspek ekonomi dan keselamatan lanjutan daripada penyertaan Sri Lanka di dalam inisiatif ini. Ketiga-tiga objektif ini bertujuan untuk menganalisa pembolehubah dan faktor yang mempengaruhi kesan ke atas Sri Lanka terutamanya dalam mempengaruhi aspek ekonomi dan keselamatan nasional negara tersebut dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan, sosial dan pembangunan infrastruktur. Ketiga-tiga objektif tersebut signifikan bagi menganalisia kesan dan impak terhadap Sri Lanka. Kajian ini menggambarkan satu pandangan hubungan antarabangsa mengenai kuasa dan kesalingbergantungan dengan membincangkan teori dengan fokus utama yang dapat menjelaskan persekitaran spesifik yang didorong oleh peraturan, norma, institusi, dan identiti. Kajian ini menggunapakai kaedah kualitatif di mana penyelidik menggunakan gabungan analisa dan penerangan untuk menghasilkan hasil yang terbaik. Sumber utama penyelidikan adalah analisis hasil kajian lepas yang mana proses pemilihan meliputi sumber yang boleh dipercayai. Skop kajian ini telah merangkumi tempoh dari tahun 2016 hingga 2022. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepentingan nasional selalu menjadi pertimbangan yang utama antara China dan Sri Lanka. Pertimbangan juga mengambil kira saling kebergantungan antara Sri Lanka kepada China. Walaupun kedua-dua negara ini mempunyai landskap yang berbeza dari sudut politik, pembangunan ekonomi dan ketenteraan namun ianya membawa kepada diplomasi yang lebih konstruktif dan pandangan terhadap BRI yang dilihat memberikan kesan yang sebaliknya daripada yang dijanjikan kepada negara yang menyertai inisiatif ini .

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
THE_2022_MOH.pdf
Size
20.29 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a1b352b18c7cd693c8083b1caf6b9f7d