Peranan reka bentuk latihan terhadap pemindahan latihan menurut perspektif Islam.
Date Issued
2016
Author(s)
Abstract
Berdasarkan literatur pengurusan latihan, keupayaan organisasi merancang dan melaksanakan reka bentuk program latihan dengan teliti mampll mendorong para pelatih untuk memindahkan apa vang dipelajari apabila kembali bertugas di organisasi mereka. Sungguhpun penemuan ini adalah penting dari sudut pengurusan Islam, namun ianya agak kurang diberi tumpuan oleh para sarjana dalam model-model program latihan dan pembangunan yang berteraskan perspektif Islam. Oleh itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengukur perhubungan di antara reka bentuk program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan menggunakan 412 borang soal selidik yang telah diisi dengan lengkap oleh para pemimpin dalam Tentera Darat Malaysia. Dapatan analisis menggunakan model laluan SmartPLS versi 3.0 mengesahkan bahawa kandungan kursus clan kaedah latihan telah bertindak sebagai peramal yang penting kepada pemindahan latihan dalam organisasi kajian. Berdasarkan perspektif statistik. dapatan kajian ini mengesahkan bahawa reka bentuk program latihan telah bertindak sebagai pem boleh ubah peramal yang berkesan kepada pemindahan latihan dalam organisasi kajian.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PerananRekaBentuk.pdf
Size
5.17 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):282fbe203a10c7120307e01027bad95c
