Human resource factors, culture, and effective disaster response moderated by leadership styles in Malaysia Army
Date Issued
2020
Author(s)
Rayyan Cheong Tian Ming
Abstract
Malaysia Armed forces plays an assisting role during any disaster response mission and this is accorded in the MNSC Directive 20. Having an effective disaster response is crucial to the Malaysian Infantry. Malaysia Armed forces should be well trained and has good knowledge in war and able to provide assistance and support during peacetime or operation other than war (OOTW). Nevertheless, at the same time organizational culture plays a vital role in ensuring morale, training, commitment, and safety as these factors influences effective disaster response management. Therefore, the main objective of this study is to examine factors affecting effective disaster response. The research philosophy of this study is post-positivism. The research design of this study is descriptive and correlational, applying quantitative research method. The respondents of this study are 1764 infantry personnel’s consisting of officers and other ranks in Malaysia in which the samples were by selected using simple random sampling method. The questionnaire survey was analyzed using SPSS version 22.0 and Smart PLS version 3.0 in which descriptive analysis, correlational analysis, algorithms and bootstrapping were performed. Through the descriptive data analysis, this study found that the infantry personnel have high level of morale, training, commitment, and safety. It is also indicated that culture has a high level of influence in achieving effective disaster response These findings are further confirmed through the regression analysis in which it was found that all human resource elements i.e. morale, training, commitment, safety as well as culture have a high significant positive influence towards effective disaster response and leadership style in the Infantry Corp. This study also found that the relationship between leadership style and effective disaster response is positively significant. Through the moderation analysis in determining the moderating effects of leadership style on the relationship between human resource elements i.e. morale, training, commitment, and safety, it is found that there is no moderating effect. Thus, leadership styles do not play any moderating role in the relationship between morale, training, commitment, and safety with effective disaster response. This study can contribute towards expanding the literature and body of knowledge in understanding Disaster Response management. Furthermore, it is also highlighting the usefulness of emergency management theory, resilience theory, planned behavior theory and transformational leadership theory by examining the direct effect and moderating effect with their associated variable. Besides that, this study also emphasized the importance of human resource element in order to conduct a success disaster response operation.
ABSTRAK
Tentera Darat Malaysia memainkan peranan sokongan semasa bencana merujuk kepada Arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara. Mempunyai tindak balas bencana yang berkesan adalah sangat penting kepada askar Infantri Malaysia. Oleh itu, anggota Angkatan Tentera Malaysia harus terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan yang baik di dalam peperangan di samping memberi bantuan dan sokongan semasa zaman aman dan operasi tentera selain peperangan. Sementara itu, budaya juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk moral, latihan, komitmen dan keselamatan di mana faktor di atas mempunyai hubung kait dengan keberkesanan pengurusan tindak balas bencana. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan bencana. Falsafah penyelidikan ini adalah pasca positivisme. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dibentuk berdasarkan pelbagai kajian terdahulu. Respondens kajian ini melibatkan 1764 respondens merangkumi pegawai dan lain-lain pangkat infantri dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Pakej perisian SPSS 22.0 dan SmartPLS versi 3.0 digunakan untuk menganalisa data statistikal deskriptif , data kolerasi, algoritma dan algoritma bustrap. Hasil analisa data statistikal deskriptif, kajian ini mendapati anggota Infantri mempunyai tahap moral, latihan, komitmen dan keselamatan yang tinggi. Di samping itu, budaya juga menunjukkan tahap pengaruh yang tinggi dalam mencapai keberkesanan pengurusan bencana. Penemuan ini selanjutnya disahkan melalui analisis regresi di mana didapati bahawa semua elemen sumber manusia seperti moral, latihan, komitmen, keselamatan dan budaya mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap keberkesanan pengurusan bencana dan gaya kepemimpinan yang berkesan dalam anggota Infantri Tentera Darat Malaysia. Kajian ini juga mendapati bahawa hubungan antara gaya kepemimpinan dan tindak balas bencana yang berkesan adalah signifikan. Melalui analisis moderasi dalam menentukan kesan penyederhanaan gaya kepemimpinan terhadap hubungan antara elemen sumber manusia iaitu moral, latihan, komitmen, keselamatan, didapati bahawa tidak ada kesan penyederhanaan. Oleh itu, kepemimpinan tidak memainkan peranan sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan antara moral, latihan, komitmen, keselamatan dengan tindak balas bencana yang berkesan. Kajian ini dapat menyumbang ke arah pengembangan literatur dan pengetahuan dalam memahami pengurusan bencana. Selain itu, ia juga menekankan kegunaan teori pengurusan kecemasan, teori ketahanan, teori tingkah laku terancang dan teori kepemimpinan transformasional dengan mengkaji kesan langsung dan kesan penyederhanaan dengan pemboleh ubah yang berkaitan. Selain itu, kajian ini juga menekankan pentingnya elemen sumber manusia dalam menjalankan operasi pengurusan bencana yang berjaya.

File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
HUMAN RESOURCE FACTORS 2.pdf
Size
3.09 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6d2b11c9db8ad2f9a21421dac95ab783