Digitalizing the Tide Table Prediction for RMN Operational Enhancement
Date Issued
2020
Author(s)
Nur Hakeem Mohd Azmi
Abstract
Fenomena kejadian air pasang surut berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari terhadap bumi. Disebabkan oleh daya tarikan tersebut, ianya telah menghasilkan ketinggian paras air yang berbeza di setiap tempat di bumi dan ketinggiannya sentiasa berubah dari masa ke masa. Corak pasang smut air juga berbeza mengikut tempat. Maklumat pasang surut air banyak digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum, semasa dan selepas melaksanakan suatu operasi. Maklumat ini amat penting dan merupakan satu perkara yang diperlukan untuk suatu misi tersebut tercapai. Namun, TLDM masih menggunakan kaedah konventional dalam pengiraan pasang surut air dan masih terdapat anggota TLDM yang kurang mahir dengan pengiraan tersebut. Objektifprojek ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan satu aplikasi Jadual Pasang Surut Digital (JPSD) menggunakan Microsoft Excel 365 dan Visual Basic for Application (VBA) untuk memperkasakan maklumat pasang surut bagi kegunaan operasi TLDM. Dengan JPSD , ianya dapat memberikan maklumat pasang surut air termasuk graf secara harian, mingguan atau bulanan. Selain itu, berdasarkan latitud dan longitud bagi suatu kawasan, data-data fana dapat diterbitkan. Selain itu, JPSD juga memberikan maklumat keselamatan pelayaran dan bersauh seperti LDL, under-keel clearance, shallow water effect, bridge clearance, cable to be veered dan safety swinging circle. Semua maklumat yang terdapat dalam JPSD boleh digunakan oleh warga TLDM untuk memperkasakan operasi TLDM. Justeru, dengan JPSD, ianya telah memberikan banyak kelebihan kepada TLDM semasa melaksanakan operasi merangkumi persiapan, perancangan dan pelaksanaan suatu operasi tersebut.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
DIG_2020_NUR.pdf
Size
14.89 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):523f16b58f963d3a836b471d19319a3c
