Pentadbiran dan polisi pertahanan negara pada zaman Nabi Muhammad S.A.W
Date Issued
2022
Author(s)
Iylia Mohamad
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Peristiwa peperangan dan peneerobohan ke atas sesetengah negara di dunia pada hari ini adalah berpunca daripada kelemahan aspek sistem pertahanan dan keselamatan negara. Salah satu prinsip negara yang berdaulat ialah memiliki sistem pertahanan yang kukuh dan terurus yang bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara. Oleh yang demikian, negara Islam Madinah merupakan contoh terbaik dalam pelaksanaan sistem pertahanan negara yang mampan dan utuh. Pentadbiran dan polisi pertahanan negara yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan geografi, politik dan sosial Madinah pada waktu ketika itu. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi analisis kandungan tekstual dan kajian sejarah. Data yang diperoleh dianalisis secara deduktif dan induktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi polisi pentadbiran pertahanan zaman Nabi Muhammad S.A.W. iaitu permuafakatan masyarakat majmuk, hubungan diplomatik antara negara luar serta taktik dan strategi pertahanan. Ketiga-tiga faktor tersebut memberi kesan positif terhadap sistem pertahanan yang dinamik dan teratur dalam mengurus tadbir ketenteraan dan keselamatan dalam negara dan sentiasa siaga dalam menghadapi ancaman luar daripada pihak musuh.
File(s)![Thumbnail Image]()
Loading...
Name
PentadbiranDanPolisi.pdf
Size
4.82 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):51ed514eee89a4c4d254e522682b707d
