Zul Kernain, Nur Farahana (2018) Pembinaan model toleransi etnik berdasarkan kepada pengaruh pengantara tadbir urus. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
PEMBINAAN MODEL TOLERANSI (25).pdf - Preview
Download (330kB)
PEMBINAAN MODEL TOLERANSI (Full).pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (5MB)
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk membina model toleransi etnik yang melibatkan para pelajar universiti dari tiga buah Universiti Awam (UA) berkluster penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berdasarkan pengaruh pengantara tadbir urus. Berdasarkan kepada objektif utama, beberapa pecahan objektif diketengahkan dalam kajian ini iaitu (1) untuk mengenal pasti tahap agama, hubungan sosial rentas etnik, tadbir urus
dan toleransi etnik terhadap pelajar dari tiga buah Universiti Awam berkluster penyelidikan berdasarkan kaum majoriti di Malaysia; (2) untuk mengkaji hubungan di antara agama dan hubungan sosial rentas etnik dengan toleransi
etnik terhadap pelajar dari tiga buah Universiti Awam berkluster penyelidikan berdasarkan kaum majoriti di Malaysia; (3) untuk mengkaji hubungan di antara agama dan hubungan sosial rentas etnik dengan tadbir urus terhadap pelajar dari tiga buah Universiti Awam berkluster penyelidikan berdasarkan kaum majoriti di Malaysia; (4) untuk mengkaji tadbir urus sebagai pengaruh pengantara terhadap hubungan di antara agama dengan toleransi etnik; (5) untuk mengkaji tadbir urus sebagai pengaruh pengantara terhadap hubungan di antara hubungan sosial rentas etnik dengan toleransi etnik; dan (6) untuk membina model berstruktur bagi menerangkan hubungan di antara agama dan
hubungan sosial rentas etnik dengan toleransi etnik berdasarkan kepada pengaruh pengantara tadbir urus. Model ini dibina berdasarkan kepada empat konstruk utama iaitu konstruk agama, hubungan sosial rentas etnik, tadbir urus
dan toleransi etnik. Kajian ini menggunakan kaedah eksploratori dan kaedah kajian keratan rentas yang melibatkan seramai 378 pelajar ijazah sarjana muda
dari Fakulti Sains Sosial di bawah UM, UKM dan UPM. Pembentukan borang kaji selidik adalah berdasarkan kepada pembinaan item dan pengadaptasian instrumen menggunakan 5 mata skala Likert. Analisis Model Persamaan Berstruktur (MPB) pula menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2 telah
diaplikasikan bagi menganalisis hipotesis-hipotesis kajian dan membina model toleransi etnik berdasarkan pengaruh pengantara tadbir urus. Secara keseluruhan, pembinaan model toleransi berpandukan pengaruh pengantara tadbir urus yang dihasilkan adalah diterima kerana kesan perantara peranan
tadbir urus telah memberi pengaruh yang besar terhadap toleransi etnik. Selain itu, keputusan setiap hipotesis kajian juga didapati selaras dengan tahap persetujuan para pelajar universiti terhadap peranan agama, hubungan sosial
rentas etnik dan tadbir urus dalam mempengaruhi tahap toleransi etnik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management > Department of Defence Strategic Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 16 Jan 2023 03:24 |
Last Modified: | 16 Jan 2023 03:24 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/79 |