Cabaran dan potensi proses rundingan damai selatan Thailand: Pengurangan keganasan dan pemberhentian permusuhan

Fahim, Adib and Shukor, Nurul Naqirah and Salleh, Mohd Zaini (2024) Cabaran dan potensi proses rundingan damai selatan Thailand: Pengurangan keganasan dan pemberhentian permusuhan. In: The 16th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHISS 2024), 21 - 22 August 2024, The Everly Putrajaya.. (Submitted)

[thumbnail of Artikel] Text (Artikel)
CabaranDanPotensi.pdf - Full text
Restricted to Repository staff only until 31 January 2099.

Download (410kB)

Abstract

Konflik bersenjata di Selatan Thai adalah sebuah konflik terpanjang yang berlaku dalam sejarah dunia kerana ia berlaku semenjak abad ke 18. Konflik ini bermula dengan serangan dan penaklukan Siam ke atas wilayah kesultanan Patani pada tahun 1786 dan semenjak daripada itu wilayah selatan Thai sentiasa berada dalam pergolakan sehinggalah ke hari ini. Konflik yang berlaku turut memberi kesan kepada negara-negara jiran terutama Malaysia.Kerajaan Thailand dan puak pemisah bersetuju melantik Malaysia sebagai fasilitator untuk proses rundingan damai yang ditandatangani pada tahun 2013 dan sejak daripada itu, Malaysia telah memainkan peranan yang cukup penting dalam mendamaikan kedua-dua belah pihak. Ianya merupakan permasalahan kajian yang telah dikenal pasti melibatkan persoalan sejauhmanakah kepentingan untuk mencapai pengurangan keganasan dan pemberhentian permusuhan perlu diberi perhatian dan pelaksanaan terlebih dahulu di dalam menentukan kelancaran proses damai selanjutnya melibatkan konsultasi awam dan penyelesaian politik. Antara objektif kajian ini adalah mengenal pasti faktor-faktor utama yang menyumbang kepada ketegangan dan konflik di selatan Thailand, menganalisis keberkesanan rundingan damai yang telah dijalankan sebelum ini, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan mereka menganalisis kepentingan pelaksanaan pengurangan keganasan dan pemberhentian permusuhan demi kelangsungan konsultasi awam dan penyelesaian politik serta mengusulkan strategi dan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan rundingan damai dan mengatasi cabaran yang dihadapi. Kajian ini akan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis data primer dan sekunder. Pengurangan keganasan dan pemberhentian permusuhan amat penting bagi proses rundingan damai ini kerana ia adalah penentu bagi penyelesaian politik dan konsultasi awam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: BRN, Fasilitator, PEDP – RTG, Malaysia, Selatan Thai
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Defence Studies &Management
Depositing User: Mr Shahrim Daud
Date Deposited: 13 Jun 2025 06:31
Last Modified: 13 Jun 2025 06:31
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/610

Actions (login required)

View Item
View Item