Abd Aziz, Nor Hazimah (2018) Hubungan tekanan kerja, kecerdasan emosi dan pencapaian individu dalam kalangan pentadbir di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
HUBUNGAN TEKANAN KERJA (25).pdf - Preview
Download (167kB)
HUBUNGAN TEKANAN KERJA (Full).pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (3MB)
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji hubungan antara tekanan kerja, kecerdasan emosi dan pencapaian individu iaitu kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan
pentadbir di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seramai 132 orang pentadbir yang bertugas di UPNM terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dibuat adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian melalui kaedah borang soal selidik yang telah diedarkan kepada sampel-sampel kajian. Manakala, analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif dan teknik persampelan. Hasil dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0 dan model laluan dengan lapan hipotesis utama dianalisis dengan menggunakan perisian SmartPLS versi 3.0. Nilai pekali kebolehpercayaan skala-skala ini menggunakan analisis alpha cronbach yang menunjukkan kesemua nilai adalah melebihi 0.7. Dapatan kajian menunjukkan tahap beban peranan dan konflik peranan pada tahap sederhana iaitu berpuashati. Manakala
tahap kekaburan peranan, kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan prestasi kerja adalah tinggi iaitu sangat berpuashati. Hasil kajian juga mendapati hasil analisis hubungan kesan langsung menunjukkan kesemua model adalah signifikan dan disokong. Seterusnya, analisa model pemboleh ubah pengantara dilakukan untuk melihat peranan kecerdasan emosi sebagai pemboleh ubah pengantara ke atas perhubungan di antara
beban peranan, konflik peranan dan kekaburan peranan dengan pencapaian individu iaitu kepuasan kerja dan prestasi kerja. Keseluruhannya, kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan semua pemboleh ubah-pemboleh ubah dan dapatan kajian mendapati faktor kecerdasan emosi amat perlu dititikberatkan dalam diri setiap pentadbir UPNM agar tahap tekanan dapat dikawal dengan baik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management > Department of Defence Human Resource Management |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 16 Jan 2023 03:00 |
Last Modified: | 16 Jan 2023 03:00 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/61 |